Friday, August 14, 2009

duitku diterbangkan angin monsun

Aku di Terengganu...

Walau setinggi mana gunung megah berdiri, jika ditarah setiap hari, akan bertaburanlah kesemuanya. Sehingga batu-batu kecil yang terakhir. Sesuai sekali dengan keadaan kewanganku sekarang ini. Aku bukan ingin mengatakan yang aku mempunyai duit setinggi gunung ya? Aku juga tidak mengatakan poketku 100% kosong. Insyaallah, masih boleh bertahan. Tapi sehingga bila, aku sendiri tidak dapat menjangkanya. Dugaan besar, dilla. Sabar...sabar.:sweaty:

Di sini, komputer riba memainkan peranan yang sangat penting. Bukan hanya setakat kecanggihannya, tetapi penting untuk membuat kerja kursus. Sekarang ini, aku tidak termasuk dalam golongan yang mempunyai komputer riba. Aku terpaksa menumpang untuk menyiapkan kerja kursus ku. Rakan-rakanku tidak kisah, tetapi aku yang kisah. Aku dapat rasakan mukaku tebal 10 inci ketika aku meminta jasa baik mereka untuk menggunakan komputer riba:wala:. Terima kasih, kawan-kawan. Selepas cuti sekolah ini, aku akan cuba untuk tidak menganggu kalian lagi:sorry:.

Ahad ini, aku bersama rakanku akan ke salah sebuah sekolah di sekitar Kuala Terengganu untuk School Based Experience (SBE) atau Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) kami. Seminggu berada di sana untuk menimba ilmu. Kemudian, seperti biasa, laporan dari aktiviti tersebut.

Bulan Ogos ini, aku tidak menang tangan kerna jadualku penuh dengan kerja kursus. Lepas satu, satu. Jadual padat. Pernah satu hari, kelas ku tidak henti-henti dari jam 7.45 pagi hingga 7 petang. Aku tidur pukul 9 malam itu. Haha! Orang terawal terkorban di medan perang:sleep:.

Khamis ini, aku akan pulang ke kampung. Transit sehari di Pulau Pinang sebelum ke Ipoh. Ramadhan berkunjung tiba. Terasa cepat masa berlalu. Sebulan lebih tidak menjenguk rumah. Rindu.

Berharap sangat dapat berjumpa dengan Q. Jika keadaan mengizinkan, aku akan berjumpa dengannya. Insyaallah...

Clavriene, I am looking forward to seeing you!

--------------------
Q-F
--------------------

Tuesday, August 4, 2009

H1N1

Aku di Terengganu...

Setakat ini yang aku tahu, virus pembunuh H1N1 telah menjerut mangsanya yang ke-14. Maaf jika angka ini telah berubah. Aku alpha sebentar dengan nombor-nombor ini. Aku kerisauan sangat-sangat. Baru semalam, adik perempuanku memberitahu yang dia sudah dua hari demam. Aku risau. Dia telah pergi membuat pemeriksaan dan pihak kesihatan telah mengesahkan dia bukan salah seorang pembawa H1N1. Sabahat-sahabat di luar sana, tolong jaga kesihatan, ya? Pakai topeng muka (mask) jika perlu. Jika batuk atau bersin, gunakan sapu tangan atau tisu. Virus ini sudah menggila di Malaysia. Tangguhkan dulu perjalanan ke luar negara.

Aku risau. Aku doakan keluargaku, sahabat-sahabatku, kawan-kawan sekerjaku, dan semua manusia dihindarkan dari virus gila ini.

Tolong berhati-hati. Aku sayang kamu semua.
--------------------
Q-F
--------------------