Maaf, aku mahu rombak semula belog-belog yang aku follow.
Sunday, May 1, 2011
Segmen Weh! Halah, die bukan nak baca pun apa aku type
Segmen hujung minggu dari Abang Zam!
Klik banner kat bawah ni kalau nak join okei.
![]() |
| dengki ah! |
ittew nark kasi suwat kat cikgu dill ittew. ittew tawu diew tark akan bacew suwat ni. diew sibuk tanda buku ittew nan kawan-kawan ittew.
Kehadapan Cikgu Dill yang saya kasihi,
Saya layangkan surat ini kepada cikgu kerana saya ingin memberitahu cikgu yang saya cinta dan sayangkan cikgu.
Cikgu Dill,
Walau bertebaran paku di jalanan, akan saya redah demi untuk ke sekolah. Walaupun saya tahu cikgu sengaja tabur paku-paku itu di laluan utama saya ke sekolah, saya pasrah kerna saya sayang padamu, cikgu.
Saya masih teringat saya mengejar cikgu tika pulang dari sekolah, tiba-tiba perut saya memulas. Sakit tahap gaban. Saya rayu cikgu supaya tunggu saya. Dengan senyuman cikgu angguk. Oh, ayunya wajahmu pada waktu itu. Sedang saya syok-syok membuang hajat, saya terdengar pintu tandas dikunci dari luar. Saya tahu, mesti penjaga bangunan yang kunci. Sudah pasti Cikgu sudah lama berlalu dari situ tanpa memberitahu penjaga bangunan tentang saya yang sedang berjuang di dalam tandas. Tapi saya tak kisah. Cinta saya pada cikgu mekar semekar-mekarnya.
Cikgu Dill,
Saya setia menunggu cikgu di depan pintu pagar. Agak terkilan apabila cikgu nampak saya di situ, cikgu terus buat pusingan 360 darjah dan menuju ke laluan alternatif. Saya cuba mengejar tetapi ditahan oleh Boboi, pembuli nombor satu sekolah kita.
Cikgu Dill,
Dengar cerita cikgu sudah mahu menamatkan zaman bujang cikgu. Saya rayu pada cikgu. Tolong jangan tinggalkan saya. Saya cinta cikgu. Balik sekolah ni, kita balik sekali ya!
Ikhlas,
Muhammad Hafiz Danial
Darjah 2 Mutiara.
p/s: abang zam, haha! surat ni rekaan dill. tak de maknenye anak murid umur lapan tahun nak hantar surat macam ni.
p/s: abang zam, haha! surat ni rekaan dill. tak de maknenye anak murid umur lapan tahun nak hantar surat macam ni.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
