Sunday, April 5, 2009

tajuk ape yang sesuai untuk entri ini?

Sekarang ni aku suke menulis dalam bahasa ibunda ku sendiri pula. Aku senang mengekspresikan perasaanku melalui bait-bait Bahasa Melayu. sembah

Sejak kebelakangan ni, aku selalu berasa tertekan. Aku bukan seorang yang suke menceritakan apa yang kupendam dalam hati ini. Aku teringat kata-kata Phyde, luahkan aje dalam blog. Sekurang-kurangnye, kurang sikit beban dalam hati. Aku cuba. Bukan aku tidak cuba. Tapi aku tak berjaya. Masih terasa bagaikan ada sebiji batu besar melekat dalam hati ini. Clavriene, aku rasa kamu tahu apa yang aku perkatakan sekarang ini.:wala:

Sejak dari pertengahan bulan Mac lalu, aku tidak lalu makan. Mungkin tempias yang kuterima membuatkan aku hilang selera makan. Sehingga sekarang. Aku hanya temankan sahabatku untuk makan pagi & tengah hari. Kemudian, ada satu-satu masa, aku berasa sangat tertekan sehingga aku katakan pada rakan sekerjaku yang aku mahu berhenti. Aku tidak mampu lagi. Mereka yang faham akan situasi ku cuba menenangkan aku. Terima kasih kawan. Aku pernah menghantar sms pada ibuku, "Mak, rasa tertekan sangat-sangat." :puppyeyes:Ibuku pernah meyuruhku berhenti jika aku tidak sanggup lagi berhadapan dengan semua ini. Aku sering memberikan jawapan yang sama, "Mak, selagi saya mampu, saya akan teruskan. Jika saya tidak mampu lagi, saya akan tarik diri."

Dahulu aku selalu melihat kawan-kawanku menangis tiba-tiba akibat tekanan. Kali ini aku sedang melalui fasa itu. Menangis tanpa kusedari. Tuhan, bantu aku. Untuk teman serumahku, terima kasih kerana ambil berat. Aku sayang kamu.

Buat sahabat-sahabat, aku sayang kalian selamanya.:inlove:

------------------------------------

Buat sahabatku, Cik Salihah Ismail, Selamat Hari Lahir. Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Insyaallah.

p/s: aku tahu kamu sangat sukakan keroppi sengihnampakgigi

------------------------------------
Aku sangat sukakan huruf Q
------------------------------------

7 comments

April 5, 2009 at 12:10 PM

owh ...
senyum n gelak2 lah selalu.

April 5, 2009 at 2:14 PM

tul tu. sy setuju ngan mak awk..
bhenti je keje. pastu kawin ngan sy. kan senang mcmtu. hehe ^_^

April 5, 2009 at 2:20 PM

*anis: insyaallah...saye akan cube

*adha: ngade ye skrg :p

April 5, 2009 at 9:45 PM

dill .. elok dill buat .. jgn cuba2 je.. amalkan selalu . menjadi ke anis ..
* dill, org dah offer tuh nk kwn ngan dill ..wakakaa

April 5, 2009 at 9:52 PM

*anis: kang kalo senyum je manjang...dikatekan gile plak..huahuahua!
kawen? adha tu wat lawak sarawak je tu :p

April 6, 2009 at 2:37 PM

Salam kenalan.

April 7, 2009 at 9:56 PM

salam kenalan wahyudi :)

Post a Comment