Friday, February 10, 2012

sedap

"Woih Man! Banyaknye lauk! Aku tak tau pun yang ko pandai masak!" mata Zul terbuntang melihat aneka juadah di atas meja makan.

Daging masak merah, daging goreng kunyit, sayur campur, spageti bolognese dan air sarsi sebagai pembasah tekak.

Azman tersenyum. Bangga barangkali. 

"Ha! Ape yang ko tercegat lagi tu? Duduk, makan! Aku masak special hari ni. Ko makan puas-puas."

Tanpa membuang masa, Zul menarik kerusi dan duduk. Tangannya mencapai pinggan dan mula menyenduk nasi.  Mula memenuhkan pinggannya dengan daging masak merah dan daging goreng kunyit serta sayur campur. Dia menyuap dan mengunyah laju-laju.  Selesai menambah dua pinggan nasi, dia mencapai spageti bolognese pula. Mengunyah rakus. Azman tersenyum dengan telatah Zul. Zul menamatkan operasi kunyahannya dengan air sarsi. Dia tersandar kekenyangan.

"Eh! Ko tak makan ke, Man? Asyik aku je melantak tadi," tanya Zul.

"Aku dah kenyang. Tak pe. Ni semua memang untuk ko," jawab Azman sambil meneguk air sarsi.

"Fulamak! Sedap giler ah ko masak! Ko patut masuk Master Chef. Gerenti ko menang punye!" melangit pujian Zul.

"Ah! Biasa-biasa je aku masak. Ko ni..macam tak biasa pulak," jawab Azman lagi.

"Weh! Ko gune daging ape? Manis gile. Rase serasi je dengan tekak aku," Zul bertanya. Ingin tahu.

"Aku guna daging special, beb. Ada ramuan istimewa lagi."

"Ok lah Man. Aku kene jumpe Shasha ni. Dah berjanggut aku call die. Tapi tak angkat-angkat. Bengkek aku! Ingat nak ajak die datang sekali. Tapi senyap pulak minah ni. Ape-ape pun thanks yah!" Zul angkat punggung. Bersalam dengan Azman dan keluar melalui pintu depan rumah.

Azman mengemas meja makan. Dia mengangkat pinggan kotor ke sinki. Membuang sisa makanan ke dalam bakul sampah. 

Kelihatan satu kepala berada dalam bakul sampah. Kepala milik seorang wanita dengan lidah terjelir. Matanya terbelalak. 

"Shasha, aku dah cakap..daging ko memang sedap. Berselera sungguh Zul. Terima kasih, sayang."

23 comments

February 10, 2012 at 7:36 PM

first of the first

February 10, 2012 at 8:06 PM

rasa daging rusa! yummmyyy...

February 10, 2012 at 8:07 PM

best!mmg xsangka ending dia.suka!

February 10, 2012 at 8:26 PM

err.terasa seperti membaca kontrol histeria.haha.

sedap daging kau sha

February 10, 2012 at 8:29 PM

:O

#satu ekspresi bnyak mana

February 10, 2012 at 8:48 PM

kejam tp rilek.suke2~ ^^

February 10, 2012 at 9:19 PM

ada lebih x daging masak merah tu?
nak sikit

February 10, 2012 at 9:57 PM

ahaha..memg xkan bejawab smpai bile2 laa c0l tuu :P

February 10, 2012 at 10:18 PM

Eee kanibellll!!!

February 10, 2012 at 11:42 PM

saya suka teknik penulisan yg begini..ending yg menarik.. best!

February 10, 2012 at 11:55 PM

mesti kes cinta tiga segi niee.
serammmm~

February 11, 2012 at 12:49 AM

ahah, kontrol2.
histeria neh.
untunglah zul.

February 11, 2012 at 1:03 AM

addoiiiiiiiiiiiiiiiiiii -,-''

untunglahhhh makan dgg manusiee.

February 11, 2012 at 2:59 AM

eeeeee.........x jadi raja bersiung ke nanti tu...huhuhu~~

February 11, 2012 at 6:02 AM

yekk!!

February 11, 2012 at 8:33 AM

yakk..rasa sebu plak pg2 nie

February 11, 2012 at 6:04 PM

nak tambah bole ?


Err

February 11, 2012 at 9:35 PM

aaaa.. kijam betol.. :P

February 11, 2012 at 10:41 PM

huhu jelir2 je :p

February 12, 2012 at 1:46 PM

aduyaiiiii!!
cannibal........

February 13, 2012 at 9:18 AM

omaigotttt!

February 19, 2012 at 12:37 PM

sedapnya...

neelofak
February 19, 2012 at 2:25 PM

gulp

Post a Comment