Aku selalu perasan entri-entri yang aku poskan sebelum ini, sering dipenuhi dengan kesedihan, kemarahan, kegeraman , tekanan dan pelbagai lagi aura negatif . Aku dalam proses untuk mengubah persepsiku terhadap perkara-perkara yang berlaku di kala ini. Aku sangat berharap aku mampu memenuhkan diri aku dengan unsur-unsur positif supaya aku sentiasa gembira dalam mengharungi onak duri hidup ini. Doakan aku ya, sahabat-sahabat.
Sejak kebelakangan ini, aku perasan ada perasaan baru yang wujud dalam hatiku. Aneh benar rasanya. Jujur kukatakan, sebelum ini perasaan sebegini tidak pernah menjengah. Aku kurang pasti apa yang aku rasa tatkala ini. Mungkin, hatiku sudah mula terusik? Haha! Teringat aku dengan kata-kata Phyde satu ketika dahulu, "awak ni, hati kering..." Phyde masih ingat lagi tak? Aku tersenyum sendiri dengan bait-bait itu. Aku rasa, hatiku kini sudah lain dari biasa. Keadaanku sendiri, memang lain. Aku dapat merasakannya.
Di mana saja aku, aku pasti teringatkannya. Ofis. Rumah. Pasaraya. Kantin. Sebelum tidur. Bangun tidur. Aduh, gawat aku dengan keadaan begini. Aku tidak pernah berada dalam situasi ini. Gawat-gawat.
Adakah dia pun sama denganku? Kadang-kadang aku tidak mengerti dengan signal atau body language yang disampaikannya. Mungkin aku terlalu naif dengan perkara sebegini. Haha! Tapi aku mengharapkan dia rasa apa yang aku rasa.

------------------------------------
Aku sangat sukakan huruf Q
------------------------------------
Aku sangat sukakan huruf Q
------------------------------------
4 comments
maaf.
tak tahu nak komen apa.
tapi terasa nak menconteng sangat disini.
haha
dude: Haha! ada-ada saja :)
q..
urm ..
perasaan apakah itu ??
x yah jwb la..
simpan sndr je dill ..
saje je nak tmbh komen ..
hahaa
anis: haha! hanya Tuhan saja yang tahu :)