Friday, July 10, 2009

aku di perantauan

Entri pertama untuk bulan

Aku tidak berkesempatan untuk menulis dalam bulan Jun. Aku terkejar-kejar masa yang ada. Pada 18 Jun lalu, aku mendapat satu berita yang aku kira sangat mengejutkan, juga mengujakan. Alhamdulillah, dengan izin Allah, aku dapat KPLI. Aku perlu mendaftar pada 22 Jun 2009. Ya, empat hari selepas keputusan temuduga keluar di laman sesawang Kementerian Pelajaran. Aku sangat penat menguruskan pelbagai perkara dalam waktu yang sesingkat itu. Walau bagaimanapun, semuanya sudah selamat selesai. Terima kasih buat keluargaku yang tercinta, Q yang kukasihi, saudara mara yang kuhormati dan kawan-kawan yang kusayangi. Kalian telah banyak membantu aku. Terima kasih sekali lagi. love

Aku merantau di Terengganu. Kuingatkan akan keseorangan di sana. Tapi telahan aku salah. Aku telah berjumpa dengan rakan-rakan seperjuanganku sewaktu di Taman Ilmu dan Budi tempoh hari. Alhamdulillah. Mereka sangat baik hati. Membantuku di kala susah. Terima kasih, teman. :inlove:

Seminggu aku dan sahabat-sabahat terlibat dalam Minggu Pengurusan. Atau yang sering kita panggil Minggu Orientasi, Minggu Ta'aruf, Minggu Suai Kenal dan sebagainya. Aku cuba menyemai unsur-unsur positif dalam diriku kerna sikap dan tindakan ahli jawatakuasa terlibat amat menguji kesabaran kami semua. Sabar dilla..sabar...:anongnangyari:

Kami diarahkan untuk mencari rumah sewa kerna asrama pelajar sudah tidak mampu lagi untuk menampung semua pelajar. Kasihan kami, kan? :sweaty:

Ketika ini kami sedang cuba berjimat-cermat. Poket kering. Masing-masing sibuk merangka bajet. Terasa seperti Bajet 2009 pula. Hehe sengihnampakgigi

Semalam aku pulang ke Perak. Ya, rumahku,syurgaku. Sudah tiga minggu di Terengganu, aku perlukan angin Perak pula. Rumah sewa kami kosong. Semua teman ada destinasi masing-masing.

Aku telah membeli dua buku hari ini. glimpses cameos of Malaysian Life tulisan Adibah Amin dan New Malaysian Essays 1 oleh penulis-penulis Malaysia.

Hari ini aku berjumpa Q . Semakin ensem. Hehe.:blush:. Aku akan merinduinya.:puppyeyes:

Agak susah untuk mendapatkan akses internet di tempat belajarku kerna aku tidak mempunyai komputer riba. Aku sedang cuba mengumpul saki-baki duit yang ada untuk membelinya. Doakan aku berjaya, ya? peace

--------------------
Q-F
--------------------

4 comments

July 10, 2009 at 10:42 PM

owh ..
ni kat perak dah la ni ?

July 14, 2009 at 10:44 AM

patut la ilang ;)

tahniah dpt kpli! aku dpt interbiew, tp tak pegi psl 'baby' nk aku stay menabur bakti kt sini lagi ^_^" hehe

tganu best? sape kwn2 len kat sane?

July 14, 2009 at 4:44 PM

sowie tak balas msg...jiwa kacau..semua bende cam tak betul..hahaha

July 16, 2009 at 11:05 PM

anis: sekarang ni di Terengganu :)

wynn: setakat ni Terengganu ok...ramai gak kawan kite kat sini. Dayang, Syahaize, Siti Zaleha, Farhana & Me

Pid: Sabar ye :) Cayang selalu

Post a Comment