Memang susah kalau kita hendak rahsiakan sesuatu dari orang yang berada di sekeliling kita. Rasanya, aku dan adikku memegang rekod bersih di antara sepupu-sepupu kami. Tiada gosip. Oleh sebab itu, amat penting untuk aku rahsiakan tentang 'dia'. Bukan apa, kalau boleh biar semuanya stabil baru aku berani menceritakan tentang dirinya pada saudara-mara. Tetapi sudah ada di antara mereka yang boleh menghidu tentang kami. Mana tidaknya, ada reporter di antara kami. Haha!
Aku tidak mahu dikatakan, berkawan macam hendak rak, tetapi habuk pun tidak ada. Jadi, kami berdua perlu establish dahulu. Seperti yang aku pernah katakan sebelum ini, berkata-kata memang mudah. Tetapi untuk melaksanakannya, bukan satu perkara yang mudah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Mudah mengungkapkan kata-kata sayang, cinta, dan rindu. Tetapi bukan mudah hendak tunjukkannya, kan?
Jika kamu membaca coretanku ini, tolong mengerti. Bukan suka-suka hati aku hendak menyembunyikan tentang kita. Aku rasa kamu pun berada dalam kedudukan yang lebih kurang serupa denganku. Bezanya, kamu sudah selamat memberitahu tentang kita pada keluarga kamu. Aduh... Aku? Keluargaku masih dalam kesamaran. Aku sedang berusaha untuk memberitahu mereka. Ganbatte!!!
Jika ada sesiapa yang tahu tips terbaik untuk aku terangkan pada keluargaku tentang kami, silalah komen. Haha! [seperti memaksa kalian untuk mengkomen lak. hihi]
1 comment
tak payah beritahu, until u both are really ready to commit to each other. saya dulu pun berahsia dari family (although SEMUA orang suspect la kan, sebab dia duduk hantar pergi airport la, ajak keluar la, haha.). =p tapi we never made it officially known to the families until recently when we thought that we are both ready for commitment. there's no easy way to do it, dilla. saya dulu pun dia yg selamba beritahu parents dia dulu, baru saya terhegeh2 nak cakap mak saya. itupun saya paksa dia sendiri ckp kat ayah saya sbb saya tatau cane nak ckp ngan ayah. hahaha. so yeah, the key is: JUST DO IT! =p
there's nothing wrong in keeping him a secret from everyone else. until now pun not everybody knows about his existence in my life. a lot of my close friends sendiri pun tak kenal dia. kalau mereka terserempak di tgh2 jalan pun, belum tentu akan kenal siapa dia. hihi. i guess it's better this way. like u said, kawan bagai nak rak, kalau tak jadi apa2, buat malu je kan? just as long as u r both comfortable with it. =)