Monday, January 31, 2011

buka mata. buka minda, buka hati. bantu!

Aku membuat kunjungan kembali ke blog-blog yang melawat blog picisan aku. Terima kasih. Terpanggil untuk membuat entri tentang ini. Aku mendapat maklumat dari blog shamm-inn. Aku mohon bantuan rakan-rakan untuk turut sama menyebarkan maklumat ini demi kebaikan pelajar-pelajar Malaysia dan seluruh pelusuk dunia di Mesir.

Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.
Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:
Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia


Tidakkah kita terasa apa-apa?

Sunday, January 30, 2011

orang cuti, kite pun cuti juge :)

Kawan-kawan berbangsa Cina sibuk dengan persiapan Tahun Baru Cina mereka. Kita pun tumpang sekaki. Teringat kata-kata seseorang dulu

'Kalau satu-satu bangsa menyambut perayaan mereka, bangsa lain pun raya sekali. Raya Aidilfitri/AidilAdha, Tahun Baru Cina ke, Deepavali ke, Krismas ke, semua sambut.'

Haha! Tetapi memang betul kan. Keistimewaan menetap di negara berbilang kaum. Pelbagai perayaan dan cuti!

Hari ini akan pulang ke kampung halaman. Cuti seminggu. Alhamdulillah. Doakan perjalanan aku selamat.


Wednesday, January 26, 2011

musim tak sihat

Sekarang ini musim demam tidak sihat. Cuaca tidak menentu. Selalu sahaja panas terik kemudian tiba-tiba sahaja hujan turun. Hujan panas. Aku juga terkena demam selsema. Apabila terkena panas terik, kepala sudah pening. Badan sudah rasa semacam. Yang lecehnya, bila sudah sakit, teruk sekali jadinya. Ditambah pula dengan perlbagai perkara dalam fikiran. Pening menjadi-jadi. 

Tidak suka bila sakit. Akan jadi seperti zombie. Tidak dapat bernafas secara normal. Hidung seringkali tersumbat. 

Sekarang ini, macam-macam kerja memanggil aku. Jika badan ini boleh dicerai-ceraikan untuk siapkan semua kerja, sudah lama aku buat. Hmm. Bukan merungut. Bukan mengeluh. Bukan menyesal. Cuma perlu rehat yang cukup. Kawan-kawanku di Mukabuku cukup marah bila aku siapkan kerja pada waktu malam. Jika tidak disiapkan pada waktu malam, bila lagi? Siang-siang, aku tidak cukup tenaga. Otak letih. Badan letih.

Okay, ini sudah seperti sesi mengadu. Tidak apalah, asalkan aku rasa lega. Sudah jarang mengemaskini blog. Macam la sebelum ni selalu kemaskini. Haha! Tidak mengapa. Aku bukan blogger terkenal. Tidak ramai yang berebut-rebut untuk membaca coretanku. Kalau ada yang membaca tu, terima kasih ya. Off topic sekejap. Sebelum ini aku ada membaca tentang penulis blog terkenal. Followers beribu-ribu. Kagum aku. Setiap orang menunggu entri dia yang terbaharu. Dan dia perlu penuhi 'tanggungjawab'nya untuk menulis. Aku kagum dengan semangat dia.

Tetapi aku bukan orang yang sebegitu. Aku hanya menulis bila aku ingin menulis. Bila jiwa ini ingin meluah rasa. Bila jiwa ini menggamit segala. Aku bukan penulis tegar. Aku hanya penulis amatur yang pemalas.

Kan?



Thursday, January 20, 2011

guru baru? mana? mana?

Semalam aku sudah set mindaku untuk menggunapakai jadual lama. Yakni jadual asalku. Tidak perlu menggantikan jadual orang lain lagi. Sedang aku mengajar di tingkat paling tinggi (bangunan ini ada empat tingkat termasuk ground floor), tiba-tiba ada seorang anak murid ku masuk termengah-mengah.

"Cikgu, Puan R kata cikgu kena masuk kelas kitorang."

"Ha? Cikgu baru tu mana? Kelas saya ni?"

"Cikgu tu tak datang lagi."

"Allah. Aiman, pergi panggil Cikgu Z. Saya kena pergi ke bangunan sebelah."

Aku bergegas turun. Kemudian, jalan laju-laju ke bangunan sebelah menuju ke kelas darjah 6 di tingkat paling atas juga. Maaf, anak murid kecilku. Aku terpaksa tinggalkan kalian. Aku hela nafasku dan meneruskan pengajaran di kelas darjah 6. Memang sesak nafas dibuatnya.

Kemudian, aku pergi berjumpa Puan R. Beliau menjelaskan bahawa cikgu itu tidak dapat hadir kerana dia perlu selesaikan banyak hal di sekolah lama. Dia akan datang pada hari Jumaat ini. Aku diam. Tidak mahu berbicara panjang. Aku turun dan terus buat kerja lain. Tidak mahu fikir. Nanti sakit hati. Sabar, dilla. Ikhlas. Ikhlas. Kasihan sama anak muridmu. Nasib baik la aku sayang sama mereka. 

Dugaan. This Friday, you better come Mister. Or I will transform into Incredible Hulk and swing you around!


Tuesday, January 18, 2011

pendapat yang terlambat

Kecoh dengan keputusan juri AJL 25. Rumah sudah siap, namun pahat masih berbunyi. Aku punya pendapat sendiri. Ini pendapat peribadi. Tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun. Maaf jika ada yang terasa atau tersinggung. 

Dari dahulu, AJL merupakan platform buat komposer-komposer dan penulis lirik mempertaruhkan lagu dan lirik ciptaan mereka. Pentas melodi dan lirik. Perjuangan halus komposer dan penulis lirik melalui melodi dan lirik dan dialunkan oleh penyanyi pilihan mereka. Ia bukan pertandingan suara. Bukan pertandingan populariti. Bukan pertandingan kecantikan atau kekacakan. Ia pertandingan lagu. Adakah lagu itu sampai mesejnya ke dalam jiwa kita. Adakah lagu itu sendiri punya jiwa. Adakah lagu itu punya kekuatan sendiri. Bukan hanya omongan kosong. Aku tahu ramai orang pertikaikan keputusan itu. Aku tidak menyokong sesiapa. Aku bukan orang seni. Mindaku cetek. Tidak mampu menilai secara profesional. Tetapi aku tahu apa itu jiwa.

Jadi, apa salahnya kita buka mata, buka minda dan buka hati?

rumah ofis

Sudah lama tidak menulis di sini. Kebelakangan ini sangat sibuk. Hanya online di Mukabuku. Tanpa menggodek apa-apa secara serius. Di sini, perlu idea untuk menulis. Idea sebenarnya sudah ada. Cuma tiada masa senggang. 

Jika kamu semua membuat lawatan sosial ke rumah sewaku, kamu akan lihat hampir semua ceruk di ruang tamu penuh dengan buku. Bukan sengaja diselerakkan. Tetapi aku perlu buku-buku atau alat tulis berada dalam perimeter yang sesuai. Senang untuk dicapai dan digapai.

Minggu ini minggu ketiga persekolahan. Masih menyesuaikan diri dengan sekolah baru. Persekitaran baru. Rakan sekerja baru. Jika sebelum ini jadual mengajar terumbang-ambing, ia bakal stabil. Alhamdulillah, seorang guru baru akan datang esok. Mengambil alih semula jadual beliau. Sebelum ini aku yang menggantikannya. Memang terasa seperti Gaban. Haha!

Macam-macam.

Friday, January 7, 2011

senyap sunyi

Sedar tidak sedar sudah seminggu hari persekolahan. Memang minggu yang sangat hectic. Sememangnya aku sudah tahu aku akan menjawat pelbagai jawatan di sekolah. Biasalah, budak baru memang kena macam-macam. Redha sahajalah.

Disebabkan aku tidak banyak aktiviti tika cuti sekolah lepas, otakku mula berfikir merepek-meraban. Mula membuat spekulasi liar sendiri. Mula serabutkan otak yang sudah sedia ada memang serabut. Apa hendak jadi, dilla oi..Lepas tu sakit hati sendiri. Bukannya ada orang peduli pun. 

Bila dah mula sekolah, sudah tidak sempat-sempat henda berfikir tentang perkara remeh-temeh. Hal sekolah lagi penting. Sudah macam tidak jejak tanah menyelesaikan apa yang perlu diselesaikan. Naik turun tangga. Bila timbang berat badan, sudah turun! Kecewa betul! Ingatkan hendak naikkan sedikit. Hampa~ Kawan suruh makan weight gain. Apakah? Aku tidak mahu makan makanan tambahan. Cukup-cukuplah apa yang ada. Aku cepat rasa letih sebab kurang tenaga. Mak kata, aku tidak makan. Itu sebab asyik letih. Aku rasa aku sudah makan banyak. Tetapi masih belum cukup banyak agaknya.

Mulai minggu depan, tanggungjawab semakin berat. Mendidik dengan penuh dedikasi, dilla! Believe in yourself! Esok mahu melawat kedai buku. Cari buku, beli buku. Tidur buku. Dunia buku.

[Ada sesiapa hendak hadiahkan saya buku? Saya sangat-sangat menghargainya. ^^]


Harap masih belum terlambat: Selamat Tahun Baru 2011