Sekarang ini musim demam tidak sihat. Cuaca tidak menentu. Selalu sahaja panas terik kemudian tiba-tiba sahaja hujan turun. Hujan panas. Aku juga terkena demam selsema. Apabila terkena panas terik, kepala sudah pening. Badan sudah rasa semacam. Yang lecehnya, bila sudah sakit, teruk sekali jadinya. Ditambah pula dengan perlbagai perkara dalam fikiran. Pening menjadi-jadi.
Tidak suka bila sakit. Akan jadi seperti zombie. Tidak dapat bernafas secara normal. Hidung seringkali tersumbat.
Sekarang ini, macam-macam kerja memanggil aku. Jika badan ini boleh dicerai-ceraikan untuk siapkan semua kerja, sudah lama aku buat. Hmm. Bukan merungut. Bukan mengeluh. Bukan menyesal. Cuma perlu rehat yang cukup. Kawan-kawanku di Mukabuku cukup marah bila aku siapkan kerja pada waktu malam. Jika tidak disiapkan pada waktu malam, bila lagi? Siang-siang, aku tidak cukup tenaga. Otak letih. Badan letih.
Okay, ini sudah seperti sesi mengadu. Tidak apalah, asalkan aku rasa lega. Sudah jarang mengemaskini blog. Macam la sebelum ni selalu kemaskini. Haha! Tidak mengapa. Aku bukan blogger terkenal. Tidak ramai yang berebut-rebut untuk membaca coretanku. Kalau ada yang membaca tu, terima kasih ya. Off topic sekejap. Sebelum ini aku ada membaca tentang penulis blog terkenal. Followers beribu-ribu. Kagum aku. Setiap orang menunggu entri dia yang terbaharu. Dan dia perlu penuhi 'tanggungjawab'nya untuk menulis. Aku kagum dengan semangat dia.
Tetapi aku bukan orang yang sebegitu. Aku hanya menulis bila aku ingin menulis. Bila jiwa ini ingin meluah rasa. Bila jiwa ini menggamit segala. Aku bukan penulis tegar. Aku hanya penulis amatur yang pemalas.
Kan?
2 comments
nak menulis tak semestinya ada followers beribu-ribu kan?
xde follower pun, klu dah suka menulis, merepek meraban pun jadi kerja,hak3
get well soon
jgn stress2, smoga smuanya berjalan lancar
Ye. Memang betul. Saye cume kagum dengan semangat penulis blog yang rajin kemaskini blog :)
Terima kasih. Doakan saye cepat sembuh.