Saturday, February 19, 2011

cerita berulang-ulang

Dua tiga hari ni aku tinggal di rumah kawan. Selama tinggal di sini, aku lihat anak gadisnya asyik menonton Astro Ceria. Aku faham, budak-budak memang suka tonton Astro Ceria. Masalahnya, kamu semua fahamkan Astro asyik tayangkan cerita yang berulang-ulang. Contohnya seperti semalam. Aku rasa tiga kali aku tonton Hikayat Putera Shazlan -  episod yang sama. Sekarang ni, cerita Raffeeq (betul ke ejanya?). Masuk hari ini, sudah empat kali tonton episod yang sama. Dah rasa macam ape je. Haha! Tak pe lah. Asalkan si adik ni suka, layankan aje. Aku sudah boleh hafal dialog drama tu sikit-sikit. Terbaik la! Huhu!

Kamu semua bayangkan kalau hidup kita ni asyik berulang-ulang. Contohnya, hari ini hari Isnin. Kamu  bangun pukul 6.30 pagi dan melakukan rutin seperti biasa. Pergi kerja, pergi belajar. Kena marah, stuck kat traffic jam. Macam-macam lagi lah. Kamu mahu setiap hari adalah hari Isnin? Dengan kelakuan manusia di sekeliling kamu sama sahaja setiap hari. Hari-hari dengar dialog yang sama. Tindakan yang sama. Traffic jam yang sama. Caci maki yang sama. Segala-galanya sama. Rasanya boleh jadi gila kan?

Dunia ini adalah pentas kehidupan. Kita adalah pelakonnya. Tidak ada seorang pun dari kita punya karektor dan peranan yang sama. Baru dunia ini unik. Jika semua sama sahaja, dunia ini tidak berwarna. Kelam dimamah usia. Namun, perlu ingat, jalan kehidupan yang dipilih perlu berpandukan agama yang dianuti. Hormati orang lain sebagaimana kita inginkan orang lain hormati kita.

2 comments

February 20, 2011 at 6:18 PM

betul ck dill...pe kata cik dill try dtg lwt time keje...msti nmpk lain..
hehehe...


kalo menghadap bende yg sama...
aduhaiii...stress dibuatnye...

February 20, 2011 at 6:21 PM

@kurekure: kalau datang lewat, maka tercalarlah rekod baik saye. haha!

baru jap tadi tengok episod yg same drama rafeeq kat astro ceria. mengong dah otak ni.

Miss Dill^^

Post a Comment