Friday, January 27, 2012

Baucer Buku 1 Malaysia

Sekarang ini sedang panas isu pelajar-pelajar menjual baucer buku pemberian pihak berkenaan. Aku rasa itu satu tindakan yang tidak wajar. Kamu-kamu sudah diberikan peluang untuk membeli bahan ilmiah atau barang keperluan yang lain menggunakan baucer itu tetapi kamu mensia-siakan peluang emas tersebut. Sewaktu aku menuntut ilmu dahulu, aku tidak punya peluang seperti kamu-kamu. Buku-buku perlu dikongsi atau difotokopi untuk rujukan. Disebabkan ada buku rujukan yang mahal-mahal, aku dan kawan-kawan mengambil keputusan untuk meminjam buku-buku dari perpustakaan. Alhamdulillah, perpustakaan di tempat kami belajar tidak mengecewakan kami (siap ada iklan syampu Sunsilk lagi satu ketika dahulu).

Berbalik semula kepada baucer buku 1 Malaysia ni. Hari Selasa lepas aku, Ayah dan adik-adik telah melawat kedai buku Popular. Tiada tujuan yang lain cuma ingin menghabiskan baucer buku RM200 milik adikku. Kami mengharungi lautan manusia dalam kedai buku itu. Dengan keadaan buku yang sudah tidak tersusun cantik, manusia-manusia lain masih rakus menyelerakkan lagi buku-buku itu. Aku geleng kepala.

Aku sempat memilih beberapa buah novel untuk santapan minda. Padahal masih ada dua buah buku tebal yang perlu aku habiskan. Tidak kisahlah. Asalkan ada halwa minda.


Tiga buku kat atas tu antara buku-buku yang aku beli. Nanti tak de la bosan sangat bila kat rumah sewa. Lepas ni nak ajak kawan-kawan bergumbira di MPH Midvalley Megamall lah. Besar amat!

kamu-kamu! nanti kite pergi MPH nak?

Monday, January 23, 2012

cuti tahun baharu cina

Bila orang lain bercuti sakan, kite pun teringin nak cuti juga kan. Jadi sempena cuti tahun baharu cina ni aku nak ucap

SELAMAT TAHUN BAHARU CINA!

Published with Blogger-droid v2.0.2

Wednesday, January 18, 2012

bicara aku tentang Adil

" Sesungguhnya Allah menyuruh (kalian) berbuat adil dan berbuat ihsan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepada kalian agar kalian dapat mengambil pelajaran."  - An-Nahl: 90

Aku tidak pandai berbicara tentang ilmu agama kerna aku sedar ilmuku hanya secetek cuma. Tolong perbetulkan aku jika aku salah. 

Ingin menulis tentang adil hari ini. Apa yang aku faham tentang adil ialah 'meletakkan sesuatu pada tempatnya atau haknya'. Ia berbeda dengan sama rata. Sering kita dengar sesetengah orang memperjuangkan tentang kesamarataan antara kita-kita. Pada pendapat aku, bukan semua perkara boleh dibahagi sama rata. Aku lebih selesa dengan konsep adil di mana kita-kita ini dilayan dengan adil dan saksama.

Aku ingin berkongsi pengalaman aku yang seciput ini dengan kawan-kawan. Dalam situasi kehidupan aku sekarang ini bisa membuat perkara sekeliling tidak menyebelahi aku. Kadang-kadang terasa seperti sehelai tuala basah yang diperah sekuat hati hingga tiada lagi zarah-zarah kelembapan pada tuala itu. Kering-kontang. 

Apabila kita melihat ketidak adilan berlaku dalam kehidupan seharian, tidak boleh tidak kita akan terasa perit. Lagi-lagi bila ia berlaku pada diri sendiri. Ya, sekarang ini aku melakukan segalanya kerna Allah s.w.t. Itu sahaja sebab yang masih tinggal untuk aku kukuh berdiri. Di samping sokongan padu daripada famili, dia dan kawan-kawan, aku masih terus berjuang.

Maaf, aku bukan seorang kaki bodek. Aku tidak pandai bermulut manis dengan pihak-pihak berkenaan. Aku hanya pandai membuat kerja aku mengikut arahan yang ditetapkan. Sering kedengaran di telingaku;

"Kita tak boleh menunjuk yang kita ni tahu semua benda. Nanti kita akan dipergunakan dan diberi kerja bertimpa-timpa"

Maaf sekali lagi, ini cara aku bekerja. Pabila amanah diberikan kepadaku, akan kucuba sedaya mungkin untuk menggalasnya. Ya, aku tidak terkejar. Mungkin jua hasil kerjaanku tidak berkualiti mana. Tetapi aku masih cuba. Pihak-pihak itu memberikan segala kerja dan perkara untuk aku bereskan sedangkan ada insan-insan lain dalam zon selesa tidak dicuit oleh pihak-pihak itu. Aku kecewa dengan bentuk pengurusan ini.

Aku tidak sebaik mana. Senang cerita, mudah berfikiran negatif. Puas famili, kawan-kawan dan dia menasihati aku supaya lebih optimis. Aku cuba..

"Kita cuba ambil yang positif. Berfikiran positif" - kawanku.

"Tapi bukan semua orang boleh sepositif itu" - balasku.

Pabila jiwa penat, otak tenat, badan turut melarat. Aku sedang cuba berjuang. Tolong doakan aku.

Friday, January 13, 2012

Blood Type A

Blood type A

People with blood type A are usually serious, patient, and cool. They are also emphatic, certifiable, and believable although they are stubborn. Before they do something, they usually think first and plan it in detail. Indeed, they like harmony, peace and organization.

They do everything seriously and consistently, and make themselves appropriately. That is why, they will try not to hurt anyone with their words or speak unnecessarily. But, they can stand apart from other people. They also suppressed their feeling, so they look rigid although they still have weaknesses, such as nervous, scary, and many more. They lean to surround themselves with the same characteristic people.

source: Article Source: http://EzineArticles.com/3529525

*****

Mendapat info ini daripada Fiza. Tidak perlu dipercaya seratus peratus. Tapi kalau untuk dijadikan panduan pun molek juga. Hihi^^

*kamu, bace-bace.

Wednesday, January 11, 2012

jom sekolah!

Baju sekolah baru.
Tudung sekolah baru.
Kasut sekolah baru.

Semuanya baru. Emak jahit sendiri. Emak buatkan sarapan ubi rebus cicah gula. 

"Assalamualaikum! Dill! Ooo Dill!" kedengaran suara terjerit-jerit dari luar. Dill kenal dah suara siapa. Cepat-cepat dia bersalam dan mencium pipi Emak.

Orlando sudah tercegat di luar rumah. Segak dengan baju sekolah baru. Tahun ini Dill dan Orlando naik darjah 3. Masing-masing sudah tidak sabar lagi nak berjumpa dengan kawan-kawan.

Sampai sahaja di kelas, mereka mengambil tempat masing-masing. Kelihatan ada seorang budak baru dalam kelas. Dia dikerumuni oleh kawan-kawan kelas yang lain. Dia sempat memandang Dill dan memberikan senyuman manis. Dill membalas senyumannya. Dari kejauhan ada yang cemburu. 

Tiba-tiba budak itu bangun dan mendekati Dill.

"Hai! Nama saya Azrizal. Nama awak apa?"

"Panggil kite Dill je. Die Orlando," jawab Dill sambil menunjuk ke arah Orlando. Orlando yang kebetulan sedang memandang Azrizal dan Dill cuba membuat selamba.

"Hai Orlando. Saya Azrizal," tegur Azrizal.

"Gua Orlando. Baru pindah ke?"

"A'ah. Ayah pindah kat sini," jawab Azrizal. Fokusnya kembali pada Dill. "Dill, nanti jom rehat sama nak?"

Dill tersengih. Orlando buat muka.

Waktu rehat Azrizal duduk sebelah Dill. Masing-masing makan nasi lemak. Orlando tak turut sekali. Diet katanya.

Berbunyi sahaja loceng terakhir, Orlando terus keluar kelas tanpa menunggu Dill. Berlari-lari Dill mengejar.

"Wei! Kamu ni kenapa? Jalan laju sangat. Letih orang kejar."

Orlando diam.

"Kamu dah bisu ke?" usik Dill.

"Lu pergilah balik sama-sama dengan Azrizal tu. Buat apa balik dengan Gua lak?"

"Eh! Kamu jeles ye?"

Orlando terus lari laju-laju.
credit: Google

Monday, January 9, 2012

therapy

It is the ninth day of 2012. Everything seems to be alright at the moment. But who knows what will happen next, right?

The first week of January was quite busy. Many things need to be settled. New management, new people with different opinions and ideas. I am still catching up with those people. Sometimes I do feel tense but life goes on. I do feel stupid and what so ever. However, there are people who I love most always stand beside me. Thank you.

I love ocean. For me it is a very good therapy. A nice place to hide oneself from the crazy town and work. Just like Virginia Woolf's 'A Room of One's Own'. Everyone needs a private space for himself or herself. A therapy ^^

Other than the ocean, I love hanging out with my friend, Fiza. She is a very good friend of mine. Love you. Meeting with your friends is a good therapy too. Well, it works for me!

chocolate chips

kamu, knowing you is one of the precious moments in my life. ^^

Tuesday, January 3, 2012

Rancangan Pengajaran Tahunan KSSR

Boleh terus lawat ke link ini

http://www.kssronline.com/p/lesson-plan.html


*masih ada yang belum dimuatnaik sepenuhnya
*untuk kawan-kawan yang bergelar cikgu ye. saye tolong promote je. ahaks

Monday, January 2, 2012

jom tukar chatbox!

Jom ramai-ramai layan http://www.fibox.ws/.

klik untuk tumbesaran raksasa

klik untuk tumbesaran raksasa

Disebabkan shoutmix dah tak boleh guna kan, ape kata kita ramai-ramai guna Fibox. Lawat je website yang aku kasi tu ye. :)

Sunday, January 1, 2012