" Sesungguhnya Allah menyuruh (kalian) berbuat adil dan berbuat ihsan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepada kalian agar kalian dapat mengambil pelajaran." - An-Nahl: 90
Aku tidak pandai berbicara tentang ilmu agama kerna aku sedar ilmuku hanya secetek cuma. Tolong perbetulkan aku jika aku salah.
Ingin menulis tentang adil hari ini. Apa yang aku faham tentang adil ialah 'meletakkan sesuatu pada tempatnya atau haknya'. Ia berbeda dengan sama rata. Sering kita dengar sesetengah orang memperjuangkan tentang kesamarataan antara kita-kita. Pada pendapat aku, bukan semua perkara boleh dibahagi sama rata. Aku lebih selesa dengan konsep adil di mana kita-kita ini dilayan dengan adil dan saksama.
Aku ingin berkongsi pengalaman aku yang seciput ini dengan kawan-kawan. Dalam situasi kehidupan aku sekarang ini bisa membuat perkara sekeliling tidak menyebelahi aku. Kadang-kadang terasa seperti sehelai tuala basah yang diperah sekuat hati hingga tiada lagi zarah-zarah kelembapan pada tuala itu. Kering-kontang.
Apabila kita melihat ketidak adilan berlaku dalam kehidupan seharian, tidak boleh tidak kita akan terasa perit. Lagi-lagi bila ia berlaku pada diri sendiri. Ya, sekarang ini aku melakukan segalanya kerna Allah s.w.t. Itu sahaja sebab yang masih tinggal untuk aku kukuh berdiri. Di samping sokongan padu daripada famili, dia dan kawan-kawan, aku masih terus berjuang.
Maaf, aku bukan seorang kaki bodek. Aku tidak pandai bermulut manis dengan pihak-pihak berkenaan. Aku hanya pandai membuat kerja aku mengikut arahan yang ditetapkan. Sering kedengaran di telingaku;
"Kita tak boleh menunjuk yang kita ni tahu semua benda. Nanti kita akan dipergunakan dan diberi kerja bertimpa-timpa"
Maaf sekali lagi, ini cara aku bekerja. Pabila amanah diberikan kepadaku, akan kucuba sedaya mungkin untuk menggalasnya. Ya, aku tidak terkejar. Mungkin jua hasil kerjaanku tidak berkualiti mana. Tetapi aku masih cuba. Pihak-pihak itu memberikan segala kerja dan perkara untuk aku bereskan sedangkan ada insan-insan lain dalam zon selesa tidak dicuit oleh pihak-pihak itu. Aku kecewa dengan bentuk pengurusan ini.
Aku tidak sebaik mana. Senang cerita, mudah berfikiran negatif. Puas famili, kawan-kawan dan dia menasihati aku supaya lebih optimis. Aku cuba..
"Kita cuba ambil yang positif. Berfikiran positif" - kawanku.
"Tapi bukan semua orang boleh sepositif itu" - balasku.
Pabila jiwa penat, otak tenat, badan turut melarat. Aku sedang cuba berjuang. Tolong doakan aku.
24 comments
kaklimah doakan ^_^
moga dill baik2 saja :)
awat dill?
ya.tak semua bole sepositif.
sentiasa doa kan mu dill!
aidil anak paksu mintak ben 10
samalah.bila memikirkan tanggungjawab dan amanah,aku perlu push diri aku supaya tidak mudah menyerah.
kalau kita kerja dengan ikhlas, Insya Allah berkatnya > panjang.. be tough my dear! :-)
buat apa yang boleh buatkan sedari gembira.
:D
doa sy sentiasa utk awak~~
jadilah dirimu sendiri
orang lain biarkan
sentiasa doakan yang terbiak buat kamu dill. =)
be strong!
jangan berhenti berjuang, jangan berhenti melangkah, kalau kamu jatuh, aku ada utk tarik kamu bangun kembali...
sentiasa doakan kamu ;)
kalau nak harapkan orang lain berfikiran +ve, mmg amat payah...
yang penting mind set kita sendiri.
always support kak dill :D
be strong!
b strong dear..i pray 4 u..:)
hunnym doakan dill baek- baek saja. be strong dear :)
salam dill..
saya suka n3 ni.. bagus..
saya selalu tengok yg tengok yang selalu komited akan dibeban dgn pelbagai tugas..sebaliknya, yg cincai plk terselamat..relaks manjang.. gaji yg dapt silap2 si cincai yg dapat lebih.. dunia sekarang mmg x adil.. alasan yg selalu diberi, kalau tugas diberi pd si cincai, hasilnya tak bagus.. akhirnya, yg rajin tertindas..
dill..saya org k kangsar perak.. salam kenalan dari saya..lupa plk saya nk tekan butang follow..sy follow skrg !
i pun bkn kaki bodek i xreti nk bodek org haha
gua mendoakan yg terbaik untuk dill..
hakikatnya kita tak mampu memuaskan hati semua orng..
yang penting laksanakan amanah yg diberikan.. bodek2 gua pun tak hebat..hahaha
nak fikir positf pun kena ikut tempat kan.. kalau always positif,. takut tersalah arah.. btw, hope dipermudahkan segala urusan.. =)
support dari kawan memang sgt penting.
miss you so much!!!
2 kata2 orang yang malas buat kerja
biar jela diorang
nanti lagi dill layan lagi sakit hati
janji kita buat amanah yang orang beri
nanti nak kena jawab kat akhirat....
k.dill..
sbr ea..ira doakan y tbaik..anggap tu 1 cabaran buat akk..jadi org yang disenangi oleh semua org..senyum..tp bila perlu..tegakkan hak kita..:)
I'll pray for you Dilla, so stay strong ok? I really hope that by the time you read this things have improved for you.
tolong ingatkan aku # anna rafali.
cool ! #maaf takda kaitan.