Adila sedang sibuk mengemas fail-fail berdekatan kaunter pejabatnya. Ada juga beberapa pekerja lain berlegar-legar di sekitarnya. Dua orang daripada mereka berdiri betul-betul di hadapan Adila, Ramlan dan Norehani.
Ramlan seorang lelaki berusia lewat 40-an, berbadan gempal dan rambutnya sudah menipis manakala Norehani seorang wanita vogue. Juga berusia seperti Ramlan, mulutnya seperti burung murai. Potpetpotpet.
Tersenyum Adila memikirkan hasil analisanya tentang mereka berdua. Adila melihat Ramlan sedang tekun menulis dan Norehani sibuk menggeledah kertas-kertas di kaunter.
"Eh, Lan! Ko nampak lagi bile menulis? Tak payah pakai spek!" tegur Norehani. Dia terperasan yang Ramlan tidak memerlukan cermin mata ketika menulis. Selalunya bila umur sebegitu, kebanyakan kita-kita ini sudah memakai cermin mata.
"Oh, mesti la elok lagi. Rajin skodeng kan," jawab Ramlan.
Norehani tergelak besar. Mereka berdua menyambung cerita tentang skodeng. Hampir kesemuanya tentang perkara yang tidak sesuai didengari oleh umum.
Berdesing telinga Adila pabila dia terpaksa mendengar cerita-cerita kotor dari kedua rakan sekerjanya. Terasa telinganya mahu keluar nanah.
"Daripada skodeng yang bukan-bukan, lebih baik skodeng Al-Quran. Ada jugak faedahnya"
Tiba-tiba suara Adila memecah suasana. Gelak-gelak Ramlan dan Norehani terhenti. Mereka berdua memandang Adila. Adila buat tidak tahu. Tangannya laju menyusun fail-fail miliknya. Norehani sambung gelak. Ramlan tersengih kambing.
Adila puas. Padan muka.
34 comments
ni kisah benar ke apa dill?
hehe... baeeek punya!!
@zati embong: jat rase? hehe
perli!
me suka! hewhewhew :p
kekeke, betul pon ! skodeng Al-Quran kasik cerah mata :) hehe
sinis betul ya
gila awesome . memang speechless la kan ;p
ayat makan luar dalam tu...
amek kaw. sedas kena.
adakah adila tu k.dill?heee ;p
terbaikk la k.dil..:)
ira kat sekolah pon diorang sll ckp kotor2 ni..huuu..sll pekakkan telinga je..wuuu
urmm best ! .. ;)
perli...patutnye kene ckp smbil mata memandang atas dan tangan di bahu.hehe lebih sopan gitueew! :)
skodeng KAK DILL :)
er oops!
amek kau!
kak, eja vogue tuh salah. hehe
sentap mak nyahh !
@Fathiah Hamim: oh! tak perasan lak! thanks sayang!
Fuyyo... Adilla itu dill kah? Kalau benar ign salute habis2an.. Hahaha.. Dasat2.. Norehani dan Ramlah pasti berfikir selepas dan sesudah itu..
hehe skodeng skodeng~
org tua jgn cakap mencarut depan perempuan.. hodoh beno rupa kamu !
ya.. kamu lebih baik skodeng al-quran..
dill..t kasih krn selalu sudi membaca dan komen di blog saya..saya amat menghargainya, cuma kekadang saya malu dgn isi cerita saya yg 'kosong'..
lupa nak maklumkan..
blog ini sudah saya papar pada muka blog saya.. harap selepas ini sy tidak terlepas citer terbaru dari dill..
salam..
hamek..keje sejibik!~ ;p
likeeee!
baru padan mukaa.
tak padan ngan tua
org muda pon kena selalu beringat..
hihihihi
tu dia...skali btepek kene...hehehe
haihhh.. ats btg hidung kena..hikhik..
Tindakan ringkas yang sangat bagus! ;) skodeng Al-Quran jauh lebihb agus daripada skodeng yang bukan-bukan..
Paling kurang diaorang mesti fikir balik nasihat tu kan.
*Yup nak print sticker kartun pun boleh Dill InsyaAllah. ;)
adakah ini kisah anda..??
hmmm..
baa~ CAK!!
x sporting la cikgu dila tu..
eheh.. mmg terasa ade batu hempap kepala..
k.dill...
selamat malam..:)
adila masih sekodeng lagi ke ?
hahah direct je kan =p
umur dah tua macam tu pun nak cerita yang bukan2.tak rse segan ke diaorang tu?