Sedar tak sedar Ramadhan hampir sampai ke penghujungnya. Harapnya masing-masing berlumba-lumba mengisi masa dengan ibadah. Ameen.
Berpuasa di perantauan ni bukan lagi perkara baharu untuk aku. Bertahun-tahun begini. Alhamdulillah masih punya kesempatan untuk pulang ke kampung. Dua tiga tahun lepas aku bekerja pada hari raya pertama. Memang menguji kesabaran betul. Kenangan :)
Kepada insan-insan yang syok gila bermain mercun pada setiap malam, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak. Sebab kamu semua menyumbang kepada pencemaran bunyi yang sudah sedia ada di kota metropolitan ni. Setiap kali terkejut dengan dentuman mercun bola korang tu. Sampai suatu hari dah hampir tengah malam, korang masih lagi berdentam-dentum, aku terdengar satu suara Adam menyergah "Hoi!!!" Selepas itu malam menjadi sunyi sepi. Terima kasih Encek yang menyergah itu. Aku kira bayinya menangis selepas mendengar bunyi mercun. Ramai lagi bayi yang menangis. Memang patut pun dia mengamuk. Kurang sivik betul orang yang main mercun ni.
Ramadhan ni banyak mengajar aku erti kesabaran. Namun aku jua manusia biasa. Apabila ada unsur-unsur luar yang cuba membuat aku marah, sabar aku menipis. Yang aku tau,
'Siapa-siapa yang gagal meletak amarahnya pada tempat yang sepatutnya, dia adalah keldai.'
Ada juga insan yang asyik suruh aku positif. Jawapanku mudah.
"Saya tidak sepositif itu."
Aku bukan dari kalangan alim ulamak. Bukan warak. Tapi aku manusia yang mengerti apa itu perasaan Bengang.
Okei. Dah teremosi la pulak.
Nanti-nanti aku update lagi. Tata!