Wednesday, August 15, 2012

corat-coret ramadhan dan raya

Sedar tak sedar Ramadhan hampir sampai ke penghujungnya. Harapnya masing-masing berlumba-lumba mengisi masa dengan ibadah. Ameen.

Berpuasa di perantauan ni  bukan lagi perkara baharu untuk aku. Bertahun-tahun begini. Alhamdulillah masih punya kesempatan untuk pulang ke kampung. Dua tiga tahun lepas aku bekerja pada hari raya pertama. Memang menguji kesabaran betul. Kenangan :)

Kepada insan-insan yang syok gila bermain mercun pada setiap malam, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak. Sebab kamu semua menyumbang kepada pencemaran bunyi yang sudah sedia ada di kota metropolitan ni. Setiap kali terkejut dengan dentuman mercun bola korang tu. Sampai suatu hari dah hampir tengah malam, korang masih lagi berdentam-dentum, aku terdengar satu suara Adam menyergah "Hoi!!!" Selepas itu malam menjadi sunyi sepi. Terima kasih Encek yang menyergah itu. Aku kira bayinya menangis selepas mendengar bunyi mercun. Ramai lagi bayi yang menangis. Memang patut pun dia mengamuk. Kurang sivik betul orang yang main mercun ni.

Ramadhan ni banyak mengajar aku erti kesabaran. Namun aku jua manusia biasa. Apabila ada unsur-unsur luar yang cuba membuat aku marah, sabar aku menipis. Yang aku tau,

'Siapa-siapa yang gagal meletak amarahnya pada tempat yang sepatutnya, dia adalah keldai.'

Ada juga insan yang asyik suruh aku positif. Jawapanku mudah.

"Saya tidak sepositif itu."

Aku bukan dari kalangan alim ulamak. Bukan warak. Tapi aku manusia yang mengerti apa itu perasaan Bengang.

Okei. Dah teremosi la pulak.

Nanti-nanti aku update lagi. Tata!

18 comments

August 15, 2012 at 6:03 PM

bile berkait ngn emosi sukar dikawal

itu fakta hurm

August 15, 2012 at 6:17 PM

sama la
apa2pun cuba la mengawal selagi mampu dan terdaya

August 15, 2012 at 7:09 PM

kalau aku lah...join sekali...hilang bengang!


hahaha!

August 15, 2012 at 11:46 PM

Best woo main mercun..kalau dpt bom c4 lagi best..
Selamat menyambut hari lebaran yg mulia..maaf zahir batin..

Jgn marah2 dill .. sabo !

August 15, 2012 at 11:53 PM

boleh jadi darah tinggi tuh kalau asik dngr dentam dentum :) pape pun mmg kite patut bersabar, tp ade jugak bts nye

August 16, 2012 at 5:35 AM

Cik Dill nak piyed ye?
sabar ye..

*$$ raya dah TT ke? hihi!

August 16, 2012 at 8:07 AM

alahai... bila dill marah...

August 16, 2012 at 8:49 AM

CIK DILL!!!...hehehehe....

sama lah dgn mina....nsib baiklah mohammad relaks je...kalo nangis, nngamuk gak mina....

cik dill, mina nak ucap selamat hari raya ye..kena smile sokmo tau...:)

August 16, 2012 at 9:25 AM

nama pun nak raya...

Ibu^Insyirah
August 16, 2012 at 10:33 AM

Insyirah suka tgk kwn2 dia main bunga api..sekali terselit bunyi mercun bola tiba2 berdentum!terus spoil ajak ibu gi jauh dr situ.aihh,betol2 menggugat kemeriahan~

August 16, 2012 at 12:30 PM

selamat hari raya Dill..

August 16, 2012 at 3:03 PM

selamat hari raya cikgu dill.nak duit raya! hehe

August 16, 2012 at 3:07 PM

Sabar ye dill..emosi jugak bila sy baca cetusan rasa awk ni. Sapalah yang buat awk yang pendiam giler ni terus meletup keluar larva gunung berapi... Apa2 pun, nnt kita makan kuih raya sama2 ye...ahakss. Salam santai

August 17, 2012 at 6:27 AM

selamat hari raya. eh

August 17, 2012 at 12:52 PM

ikut masing-masing . ada yg tak suka bunyi bising ni. ada yg best main mercun .

August 17, 2012 at 1:58 PM

@ஜ miss klanika ஜ: tak kisah nak main mercun. tapi agak2 la pukul berapa. ape perasaan kalau ade anak kecik? dah tidur tapi nangis sbb terkejut dengar bunyi mercun.

agak2 la..

August 17, 2012 at 8:38 PM

ehehe beraya kt mna thun ni ? btw slamat hri raya :) tulaa , kdg2 bunyi mercun ni mngganggu btol. lg2 klu depa men tgh2 mlm .

August 17, 2012 at 8:47 PM

@eyjalukmantahun ni raya kat perak :)

Post a Comment