Hidup jauh dari keluarga memang mengundang pelbagai ujian dan dugaan. Baru-baru ini pintu rumah aku buat hal. Rumah yang aku duduki sekarang ni sudah lama usianya. Tua pada rupa dan isi dalamnya. Namun pintunya masih utuh. Selepas makan malam bersama sepupu, pintu rumah aku tidak boleh dibuka dari luar. Korang bayangkan dalam kegelapan malam, kita tak dapat masuk rumah. Sangat sedih. Nasib baik ada sepupu tolong malam tu. Kalau tak, aku tidur dalam kereta kot.
Nampak hebat sebab ada tiga kunci. Usah bermimpi. Kunci di bahagian tengah tu hanya hiasan je. Langsung tak dapat digunakan. Digantikan dengan kunci yang berada di bawah sekali. Auto-lock. Sekali pintu tertutup, terus berkunci. Kunci ni yang rosak. Kunci rumah sampai bengkok dan jari telunjuk aku terbelah. Darah dah penuh kat jari. Dugaan sungguh.
Bak kata kawan aku, kunci macam ni boleh masuk muzium. Aku setuju dengan dia.
Bila aku hubungi anak tuan rumah, dia buat tak tahu je. Aku cuma ada nombor telefon dia. Aku sudah hantar sms sejak semalam tapi tiada balasan. Mak aku kata mereka cuma nak duit. Tapi kebajikan penyewa tidak dipeduli. Aku mintak tolong Orlando untuk menghubungi anak tuan rumah. Disebabkan anak tuan rumah tidak kenal nombor Orlando, laju sahaja dia membalas sms dan panggilan. Bila diterangkan, dia kononnya faham. Tapi sampai sekarang tiada follow up. Tuan rumah jenis apakah itu?
Maaf aku katakan di sini, orang kita ni sesetengahnya memang tak boleh pakai. Aku pernah punya tuan rumah berbangsa Cina dan dia sangat menjaga kondisi rumahnya. Yang ini? hanya mahu duit.
Manusia sudah makin alpa. Dunia makin tua. Tunggu lemas semua.
9 comments
sabar ye kak.
hurm.ne look eh. ijo. cantik. me suka.
memang tensi kalo tuang rumah cenggitu....
dasar tapir
kesian kau dill... yea tak boleh cop org via bangsa. kan kan? hehe tuan rumah sy pun cina skng ni. tp dia sangat jaga kebajikan kami. semua yg di minta diberikannya. :) janji berpatutan la.
memang macam muzium
Sewa je rumah lain
baa~ CAK!!
tak kira kaum.. suma sama ja... pernah gak gua sewa umah cina cam harem... ade gak cina bagus.. ade gak melayu cam harem... ade gak melayu bagus...
yg penting kelantan bagus!! gomo kelate gomo!!
Jari terbelah? Bunyi macam serius je Dill.. Aku harap jari tu dah sembuh.
Manusia bukan dibezakan dengan warna kulit, tapi dibezakan oleh segumpal darah yang dipanggil hati. Sabar dan tabah ok!
Tak salah kau suarakan benda yang kau rasa patut untuk tuan rumah beri perhatian.
memang pon. masa kita sewa umah dulu, smp skrg tak dpt balik duit dposit