Wednesday, August 26, 2009

perasaanku seperti kertas yang direnyuk-renyuk

Hari ini aku berpeluang menjejakkan kakiku ke tempat kerja lamaku. Sudah sebulan lebih aku tidak ke sana. Aku rindu kawan-kawan. Kami bertukar-tukar cerita. Cerita suka :ahaha: dan duka :puppyeyes: . Cuma apa yang aku kesalkan, kunjunganku pada hari ini dicemari dengan kata-kata nista (aku anggap nista) dari salah seorang pengurus di situ. Aku gelarkan dia M sajalah. Ketika itu aku bersama rakanku Leha dan Nurul.

M: Hai, Fiza. Datang nak jumpa Q ke? angkatkening
Aku: Mane ade kak. senyum
M: Tak de lah. Mane la tahu, kot kenyit-kenyit mata ke.fikir
Aku:Kak ade nampak saya sembang ngan die ke? Jangan risau kak, saya tak kacau staf akak. Sekarang masa bekerja. Profesional. peace
M: (diam sebentar) Kenapa muka makin gelap? fikir
Aku: Saya baru balik camping. Biasa lah...sengihnampakgigi
M: Saya tak tanya pun kamu camping ke...hape ke...:yawn:
Aku: (terkejut..tapi cuba buat selamba) itu ayat penyata. Saya kasitau kenapa saya jadi gelap.
M: Macam mana boleh jadi cikgu...*langsi macam ni?tension
Aku: Bergantung pada intonasi yang digunakan. Saya hanya membalas mengikut intonasi yang digunakan terhadap saya. siul
M: Ha, Nurul...Kamu sepatutnya di mana? (menoleh ke arah Nurul)
Nurul: (tercengang) Saya di sini la, kak.
M: Kamu dalam waktu bekerja kan. Siapkan kerja kamu
Nurul: Ala...kejapla kak. Saya nak jumpa kakak saya ni,
M: Saya sebagai pengurus yang bertugas, saya berhak bercakap dengan die (matanya memandang aku sebelum kembali memandang Nurul). Kamu dengarkan apa yang dia katakan tadi? Profesional. (die quote kata-kata aku sebelum ini) Sambung kerja. (nada sinis) banyakckp
Aku: Nurul, pergi sambung kerja. Nanti ade orang touching.:eheh:

Aku malas hendak melayan pengurus tu. Dia yang memulakan, kemudian dia yang terasa. Leha dan Nurul tergamam dengan tindak tanduk pengurus tersebut. Menunjukkan rasa tidak senangnya kepada aku. Aku tidak layak menjadi cikgu? Siapa dia untuk menghakiminya?

Sementara aku menunggu kawanku seorang lagi, Q datang berjumpa denganku. Aduh, berjumpa dengannya tiada di dalam agenda hari ini. Q memberitahuku yang M berjumpa dengannya. Si M bertanya kepada Q kenapa aku kasar sangat. Dia juga menceritakan apa yang berlaku sebentar tadi. Versi M, okay gile. Sebaik sahaja Q habis bercerita, aku dan Leha gelak sakan. Apa yang diceritakan oleh M kepadanya adalah perkara sebaliknya yang berlaku. Completely different from the actual one. Manusia...manusia.

Pada waktu itu, aku tidak terasa apa-apa dengan kata-kata si M. Tetapi lama-kelamaan, terasa jelik pula dengannya :ayokona: . Sabar dilla...Sabar...

*langsi:
berlagak
(definisi abg Bob)
kurang ajar (definisi Q)

.:jujur kukatakan, aku tidak tahu apa itu langsi. kebetulan rakan sekerjaku dulu tahu maksudnya. beliau menerangkan maksud langsi kepadaku. terima kasih, abang Bob sengihnampakgigi

.:Q juga memberitahuku maksud langsi. katanya kurang ajar. Kurang ajarkah aku? :puppyeyes:

--------------------
Q-F
--------------------

4 comments

August 27, 2009 at 10:15 PM

mane die???kasi kat aku bia aku siat2 daging die, buat masak rendang raya tahun nih!

August 27, 2009 at 11:11 PM

clav: hehe...marah betul ko :)

Anonymous
October 13, 2010 at 6:18 PM

langsi tu perkataan lucah dan kurang elok dalam bahasa cina sbnrnya...kira mencarut la

October 13, 2010 at 9:17 PM

Anon: yeke? baru sekarang saye tau. tapi mmg saye cukup marah kat minah tu. nasib baik la mulut saye tak jahat macam mulut die. elok kene cili je :)

Post a Comment