Wednesday, December 16, 2009

tidak terfikir tajuk entri ini

Aku menghabiskan hari mingguku di Kuala Lumpur baru-baru ini. Berjumpa dengan Clavriene dan Kazuki memang sangat mengujakan. Pelbagai cerita selama empat bulan dikongsi bersama-sama. Aku sangat gembira kerana setiap pasaraya besar yang kami pergi, kami akan singgah ke kedai buku. Borders, Kinokuniya, dan jualan murah buku di Carrefour. Borong banyak buku. Jika duitku setinggi bintang di langit, mungkin sebahagian besarnya akan dilaburkan untuk buku.

Aku juga sempat singgah di Sungei Wang Plaza. Hajatku ingin mencari 'couple t-shirt', tetapi tidak kesampaian. Aku dan Clav mencari t-shirt itu hingga ke tingkat enam namun tidak berjumpa. Sedikit kecewa, tetapi tidak mengapalah. Mungkin di lain masa. Insyaallah.

Okay, cukup dulu cerita tentang Kuala Lumpur.

Kebelakangan ini kondisiku tidak beberapa stabil. Pelbagai perkara perlu ditangani dalam masa yang sama. Apabila sampai kepada perkara yang melibatkan emosi, amatlah sukar untuk aku hadapi. Apabila tiba satu keadaan di mana semua kekuatan yang kuharapkan untuk menjadi tulang belakang akhirnya membelakangiku, aku menjadi rapuh.

Aku kagum dengan ketabahan Siti Khadijah. Jauh di lubuk hati ini, aku teringin menjadi sepertinya. Tetapi mampukah aku?

Aku juga insan biasa yang memerlukan sokongan moral dari pihak-pihak yang berkenaan. Jika semuanya tidak menyokongku, bagaimana aku ingin meneruskan hidup ini?

Impian kecilku supaya diri ini dicintai dan disayangi seikhlas-ikhlasnya oleh insan yang aku sendiri sayangi. Mungkin permintaanku terlampau tinggi sehingga ia sukar dicapai laksana bunga dandelion yang pergi ditiup angin kencang.