Friday, May 21, 2010

kepercayaan

Berjanji dengan kata-kata memang mudah. Tetapi untuk melaksanakannya tidak semudah yang disangka.

Mungkin aku sudah terbiasa dengan kehidupan yang tidak mudah percayakan ramai orang. Aku tidak maksudkan yang aku tidak percaya langsung. Ada keadaan tertentu yang memaksaku untuk memilih ketidakpercayaan.

Bukan aku tidak mahu percaya. Bukan aku sentiasa berperasangka. Teringat kata-kata sahabat baikku, jangan kita tidak percayakan seseorang langsung. Sekurang-kurangnya tinggalkan sedikit nilai percaya terhadapnya. Serius, aku ingin percaya.

"Dia tidak setia!"
"Dia permainkan kamu sahaja!"
"Dia olok-olok sahaja dengan kamu!"
"Kamu cuma teman bila dia sunyi dan bosan!"

Apa perasaan kalian bila tiba-tiba terdetik perkara begitu dalam hati? Aku sendiri tidak suka. Tetapi aku tidak dapat menghapuskan detikan itu hanya dengan petikan jari. Jujur kukatakan aku hidup dalam kerisauan. Hampir setiap hari. Kupujuk hati dengan mengatakan, aku tidak kemaruk cinta. Jika sebelum ini aku boleh hidup sendiri, takkan sekarang tidak mampu lagi? Sudah lemah?

Aku cuba percaya. Kepercayaan aku fragile. Sekali retak, pecah berkecai semuanya.

Aku tahu kamu sibuk. Sibuk di sebalik Banjaran Titiwangsa. Setahu aku, aku tidak minta banyak perkara. Aku tidak demand. Cuma kadang-kala aku perlukan perhatian. Kamu tahu perempuan sukakan perhatian? Kamu kata kamu letih. Masih teringat, kamu kata aku hanya letih otak kerna membaca buku.

Ya, aku tidak letih. Aku banyak masa terluang. Aku tidak perlu berjalan sana ke mari. Kalau kamu masih ingat, aku pernah mengatakan, jika otak letih maka secara automatiknya badan akan letih. Kamu sendiri mengakui perkara itu, kan?

Kamu rasa-rasa kan, aku letih tak bergelumang dengan segala teori, jadual padat dan high expectation yang diperlukan sepanjang aku berada di sini? Aku letih. Tetapi, aku sentiasa ada masa untuk kamu. Cuma kamu tidak akan dilayan jika aku sibuk bersama Kekasihku, lima kali sehari.

Kamu tahu aku cuba sedaya upaya untuk mempercayaimu? Kepercayaanku seperti kaca. Ia rapuh. Sekali terkena, punah semua. Aku tidak suka jika ada parasit-parasit tergedik-gedik denganmu. Walaupun kamu bertegas mengatakan kamu tidak ada apa-apa, tetapi kamu tidak tahu hati aku.

Aku letih.


2 comments

May 21, 2010 at 7:26 AM

Dilla, masalah kita somewhat sama. Mereka complain busy, takde masa, etc kan as if kita terlalu free and tak ada kerja kan? Hmm... biasa sangat dah tu bertengkar pasal benda ni. Hihi.

Fact is, lelaki memang macam tu. They are more impatient, they are more selfish than us. They think about them first then baru consider us. I think that's why Allah makes mothers women not men because women are more compassionate and patient and loving in ways men are definitely not. So yeah, it's either we have to accept it or we just let go. Somehow, I teach myself to look at the bigger picture. His strengths instead of his weaknesses. That's what keeps me going, day in and day out. Tapi kalau tak tahan tu lain cite la ye? Hihi.

Anyway, to make you feel better, let me tell you that my bf tu, kalau saya sms tak pernah balas. Nak cakap sekali seminggu pun susah. Kalau dapat cakap, cakap 30 min (max sejam) per week. Nak sms lagi la NEVER. Kadang-kadang kami tak contact for 4,5 days to biasa la. Kalau dia kerja saya diarahkan tak boleh kacau (dia kerja dengan government so asek meetings je dengan Menteri la, EXCO la etc). Kalau saya call and dia dengan orang lain (kawan ke, family ke, colleague ke), dia takkan layan saya sebab dia tak suka cakap dengan saya depan orang. Bila saya balik, dia usually akan boleh jumpa saya 2-3 minggu lepas tu. Insensitive, selfish. Apa lagi ek? Haha.

See, I told you kalau focus on his weaknesses I will never stop. So just be patient because despite everything, there were many times that he was nice to me (and still is). He's also loyal and a good person. He makes me laugh and he cares about me walaupun dia tak tunjuk sangat. =p

One idea. Teach him a lesson. You know how to deal with him so teach him a good lesson he will never forget. =p

May 21, 2010 at 9:29 AM

Teringat nasihat kawan saya, kita jangan asyik fikirkan perkara negatif tentang dia. Cuba fikirkan perkara paling manis tentang kami.

Saya pun bermasalah jugak. Jenis yang susah nak percaya dekat dia. Saya cuba. Sungguh. Bukan tak cuba. Tapi, bila dah jauh ni kan, syaitan tu menjerit-jerit dekat cuping telinga. Buat saya susah hati. Sekarang ni, dia tak boleh bawa handphone ke tempat kerja. Jadi, nak contact dia memang payah la jugak. Kerja syif, balik tak tentu pukul berapa. Kadang-kadang saya terasa. Tapi, saya cuba faham. I used to work there too.

Mulut manusia ni hebat. Hebat dalam menyampaikan cerita. Ibarat menukarkan sup kosong kepada tomyam campur. Macam-macam cerita saya dengar. Cuba pekakkan telinga. Tetapi sedikit sebanyak terselit juga. Maka, perang dingin. Hehe.

Cuma, kadang-kadang mereka perlu jadi lebih sensitif. Is that so hard?

Post a Comment