Monday, May 24, 2010

makan malam di Primula, Kuala Terengganu

Jika enam bulan lepas di Qurata, kali ini kami menggemukkan diri masing-masing di Primula, Kuala Terengganu. Menu utama, steamboat. Sudah lama aku tidak makan steamboat. Sangat seronok makan bersama kawan-kawan. Tetapi bila difikirkan semua, kami akan berpisah sebulan lagi. Sangat tidak gembira. Isk...emosi sedih tidak digalakkan tika ini.

Saat ini sahabat serumahku sudah 'pengsan' semuanya. Masing-masing keletihan. Esok kami ada kursus motivasi lagi. Ya, Kursus Motivasi Pedalaman selama dua minggu. Bulan Mei dan Jun kami dipenuhi dengan kursus. Harap-harap memberikan manfaat dan bukan hanya masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan.

Aku pun sudah tidak tahu apa yang ingin ditulis. Baru sahaja mengemaskini status di Mukabuku. Aku sudah gila Mukabuku. Tolong! Bukan gila Farmville, Cafe World, YoVille atau apa sahaja permainan di situ. Tetapi aku gila Mukabuku! Jika tidak tau berbuat apa-apa, aku akan klik Home atau Profile sehingga aku ternampak status baru kawan-kawanku. Hehe. Memang bosan sungguh dah tu.

Okay. Aku mahu tidur. Selamat malam.

Buat kamu yang jauh di mata, tetapi sentiasa dekat di hati, aku cinta kamu.