Thursday, January 20, 2011

guru baru? mana? mana?

Semalam aku sudah set mindaku untuk menggunapakai jadual lama. Yakni jadual asalku. Tidak perlu menggantikan jadual orang lain lagi. Sedang aku mengajar di tingkat paling tinggi (bangunan ini ada empat tingkat termasuk ground floor), tiba-tiba ada seorang anak murid ku masuk termengah-mengah.

"Cikgu, Puan R kata cikgu kena masuk kelas kitorang."

"Ha? Cikgu baru tu mana? Kelas saya ni?"

"Cikgu tu tak datang lagi."

"Allah. Aiman, pergi panggil Cikgu Z. Saya kena pergi ke bangunan sebelah."

Aku bergegas turun. Kemudian, jalan laju-laju ke bangunan sebelah menuju ke kelas darjah 6 di tingkat paling atas juga. Maaf, anak murid kecilku. Aku terpaksa tinggalkan kalian. Aku hela nafasku dan meneruskan pengajaran di kelas darjah 6. Memang sesak nafas dibuatnya.

Kemudian, aku pergi berjumpa Puan R. Beliau menjelaskan bahawa cikgu itu tidak dapat hadir kerana dia perlu selesaikan banyak hal di sekolah lama. Dia akan datang pada hari Jumaat ini. Aku diam. Tidak mahu berbicara panjang. Aku turun dan terus buat kerja lain. Tidak mahu fikir. Nanti sakit hati. Sabar, dilla. Ikhlas. Ikhlas. Kasihan sama anak muridmu. Nasib baik la aku sayang sama mereka. 

Dugaan. This Friday, you better come Mister. Or I will transform into Incredible Hulk and swing you around!


2 comments

January 24, 2011 at 8:53 AM

haha, sabar cikgu dilla
jangan bertukar jadi hulk plak
best kan jadi cikgu, cita-cita sejak kecil wooo
dh besar jadi lain plak,haha

January 24, 2011 at 5:35 PM

jadi cikgu, besar tanggungjawab. nak memanusiakan manusia.

nak jadi cikgu, minat kene datang dari jiwa.

harap2 cikgu2 generasi muda penuh ngan semangat nak mengajar budak2. bukan hanya nak berada dalam secure zone.

Post a Comment