Friday, January 7, 2011

senyap sunyi

Sedar tidak sedar sudah seminggu hari persekolahan. Memang minggu yang sangat hectic. Sememangnya aku sudah tahu aku akan menjawat pelbagai jawatan di sekolah. Biasalah, budak baru memang kena macam-macam. Redha sahajalah.

Disebabkan aku tidak banyak aktiviti tika cuti sekolah lepas, otakku mula berfikir merepek-meraban. Mula membuat spekulasi liar sendiri. Mula serabutkan otak yang sudah sedia ada memang serabut. Apa hendak jadi, dilla oi..Lepas tu sakit hati sendiri. Bukannya ada orang peduli pun. 

Bila dah mula sekolah, sudah tidak sempat-sempat henda berfikir tentang perkara remeh-temeh. Hal sekolah lagi penting. Sudah macam tidak jejak tanah menyelesaikan apa yang perlu diselesaikan. Naik turun tangga. Bila timbang berat badan, sudah turun! Kecewa betul! Ingatkan hendak naikkan sedikit. Hampa~ Kawan suruh makan weight gain. Apakah? Aku tidak mahu makan makanan tambahan. Cukup-cukuplah apa yang ada. Aku cepat rasa letih sebab kurang tenaga. Mak kata, aku tidak makan. Itu sebab asyik letih. Aku rasa aku sudah makan banyak. Tetapi masih belum cukup banyak agaknya.

Mulai minggu depan, tanggungjawab semakin berat. Mendidik dengan penuh dedikasi, dilla! Believe in yourself! Esok mahu melawat kedai buku. Cari buku, beli buku. Tidur buku. Dunia buku.

[Ada sesiapa hendak hadiahkan saya buku? Saya sangat-sangat menghargainya. ^^]


Harap masih belum terlambat: Selamat Tahun Baru 2011


2 comments

January 7, 2011 at 11:09 PM

owh, cikgu ka?
selamat kembali ke sekolah

January 7, 2011 at 11:49 PM

yezza~

terima kasih ^^

Post a Comment