Thursday, March 22, 2012

kenangan di perantauan

"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad."

Aku telah merantau agak jauh dari orang tersayang untuk beberapa lama. Tak dinafikan pelbagai cabaran perlu ditempuhi. Dulu aku punya seorang kesayangan. Namun jodoh kami tak panjang. Apa yang aku hendak kongsikan di sini bagaimana pengalamanku 'handle' atau menguruskan perkara di luar jangkaan.



Seingat aku, aku dan kawanku sedang menunggu pesanan kami di sebuah kedai makan berdekatan dengan kampus. Tiba-tiba telefonku berdering.

Tertera nama kesayanganku. Aku tekan butang 'Answer' tetapi suara perempuan yang menjawabnya.  Dia menggunakan bahasa kasar ketika bercakap denganku. Aku malas nak melawan cakapnya. Ibarat mencurahkan minyak ke dalam api. Dia bebel-bebel denganku. Tuduhnya aku merampas pakwenya. Menjerit-jerit seperti orang tiada akal. Aku cuba mengawal perasaan supaya aku tidak terjerit-jerit sepertinya. Dia menjerit,

"Khairil (bukan nama sebenar) aku punya!!!!"

Aku secara spontan terus menjawab, "Ambik la. Ambik. Bawak dia sampai mati,"

"Memang aku jaga dia sampai mati!!" terus dia letak telefon.

Kenapa dia bertindak sedemikian? Biar aku terangkan. Si Khairil curang denganku. Dia bercinta dengan perempuan itu ketika aku melanjutkan pelajaran di negeri orang. Perempuan itu mengatakan kononnya keluargaku tidak sukakan si Khairil. Jadi buat apa aku masih mengganggu Khairil. Aku mengucap panjang. Seingatku, aku  kenal Khairil sebelum dia. Keluargaku okei saja. Ini dugaan besar untukku.


Memang perit untukku telan. Tapi semua ni ada hikmahnya. Kadang-kadang kita mengharapkan sinaran matahari memancar seharian tapi tiba-tiba hujan ribut di tengahari. Kita fikir tiada lagi matahari. Tapi kita lupa. Mungkin Allah nak hadiahkan kita pelangi. Pelangi warna-warni penyeri hidup ini.

Pelangi, aku sayang kamu. Terima kasih.
p/s: disebabkan ramai yang concern dengan nama Ahmad, jadi aku tukarkan kepada Khairil.  Hehe.
p/s: ini cerita zaman dulu-kala.

36 comments

March 22, 2012 at 9:24 PM

Sedihnya.

Sabar ya sis. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk umatNya.

March 22, 2012 at 9:27 PM

dill ! sabar taw . kuatkan semangat . i know you can dear : )

March 22, 2012 at 9:33 PM

@princess: dah okei dah. ni cerite lame. hehe

March 22, 2012 at 9:41 PM

buat masa sekarang,masih tak temui
pelangi nya :(

apa pun jadi,percaya ada hikmah. :)

March 22, 2012 at 10:26 PM

kdg2 terkenang kan dill.

March 22, 2012 at 11:02 PM

alaaa..nama guna nama ahmad?

ahmad, saya punya!

hihihi

March 22, 2012 at 11:19 PM

ni cite awk betul2 ke dill...?
sedihsss nya, tapi baguslah awk tahu perkara ni daripada awal dan sy hormat kerana awk tetap bersabar walau awk mmg patut marah dia balik.. semuga awk sentiasa kekal sikap sebegini sehingga bila2...

March 23, 2012 at 3:05 AM

best betul jwpn.."ambik la.ambik.bawak dia sampai mati"~ ;p

kita xkan jadi siapa diri kita sekarang tanpa keperitan masa lalu..ia saaaaangat byk mengajar kita erti kehidupan..Allah itu maha adil~ =)

smoga kamu & pelangi kamu berbahgia selalu~ ^^

March 23, 2012 at 8:20 AM

bukan Olando Ahmad kan? kan?

March 23, 2012 at 9:03 AM

tapi sekang dah ada "Ahmad" lain kan....huk huk

March 23, 2012 at 9:49 AM

itu dulu..
sekarang dah dapat ahmad yang lagi baik kan....
dah takyah sedih2...
tak cun jadinya...

March 23, 2012 at 9:53 AM

manisnya rasa hidup bila mengharungi sebuah kepahitan.

sepahit mana pun kenangan, ia ingin diingati kerana manisnya pengajaran dari sebuah kepahitan.

March 23, 2012 at 2:28 PM

aku semakin menjadi keliru dengan cik dill...

March 23, 2012 at 2:29 PM

Tuhan sedang menguji kamu berdua, bertabahlah. Aku doakan kamu berdua kekal bersama hingga akhir hayat. :)

March 23, 2012 at 4:54 PM

takpe,nanti pelangi akan tiba.

sabar ya :)

March 23, 2012 at 8:48 PM

kalo hujan, t akan ada yg payungkan tu

March 23, 2012 at 9:37 PM

bintang kini pelangi by romancesa.


yeah yeah !

March 23, 2012 at 10:13 PM

tak faham dengan peragai manusia.
suka main serang-serang orang lain.

March 23, 2012 at 11:31 PM

hidup ini bagai pelayaran..ketemu dan singgah ke beberapa pelabuhan sebelum sampai ke destinasi..jadikan itu pengalaman..pengalaman menjadi pelajaran..pelajaran menjadikan kita tinggi dan hebat !

March 25, 2012 at 4:32 AM

aku harap nama ahmad tuh memang betul2 bukan nama sebenar. :D


perempuan tuh nampak sangat terdesak.

March 25, 2012 at 9:54 AM

alahai alahai alahi.
kecoh la minah tu.
sepuk je die tu kak long ;)

March 25, 2012 at 5:35 PM

sabar ye dill.minah yg cll tu namanya gedik tu.hmm

March 25, 2012 at 8:05 PM

patot la chuu pelik tetibe jadi ahmad plop..hehe. be strong sis dill. mungkin itu yg terbaik kann... :)

March 25, 2012 at 9:35 PM

sedih entry ni.. lupakan je la..
betul la panas tidak berpanjngn.

sepatutnya entry ni di baca dengn iringan muzik yg sedih gituuu :P

dill pic last tu nampak lucu la..:)

March 25, 2012 at 9:58 PM

bhgia bukn dtg sekali :)
wlupun phit, pasti ad hikmh kn.. smile cikdill..

March 26, 2012 at 2:05 PM

pelik la.dia nie bercinta dengan orang ke pelangi? hehe =P

March 26, 2012 at 2:31 PM

boleh aku ckp.
apa yg kau alami
aku pernah alami :)
tapi yg teruknya
masa pompuan tu kol aku,
dia suruh lelaki tu buat pilihan,
sama ada pilih aku atau permpuan itu
dan say wat?
lelaki yg ketika itu pakwe aku.
pilih permpuan tu.
aku nak kata apa lagi masa tu?
hee :)

March 27, 2012 at 1:14 PM

woho...tak sangka cik dill ada pengalaman yg menarik..

March 27, 2012 at 7:04 PM

dill, sedihnya!!! :( nages kat sini. lap hinggus kat baju dill

March 28, 2012 at 10:21 AM

Walaupun dah komen tapi sebab nak masuk dalam kempen blogcomment sy, maka dengan sukacitanya sy nak komen lagi..ahakssss
Bak kata orangputih..
"People always fail tom plan but never plan to fail..."

Blogcomment No 2

http://jomsantaisekejap.blogspot.com/2012/03/blogcomment-3.html

March 28, 2012 at 1:23 PM

oh perit..tp jgn risau,kdng2 Allah swt tarik yg baik tuk kita utk berikan yg lebih baik..insyaAllah =D

March 28, 2012 at 4:55 PM

hidup merantau byk cabaran..

March 30, 2012 at 1:10 AM

Sabar yea dill!!!

March 30, 2012 at 12:41 PM

yg penting, ada orang lain lagi cool dari K

:D

pelangi
March 31, 2012 at 11:42 AM

pelangi ade untuk kamu ;)

April 1, 2012 at 7:57 PM

oh.. macam serupa! tujuh tahun dulu. ibunya suruh pilih aku, tapi bila bertemu "maaf, aku pilih dia,"
itu yang aku dengar dari lelaki itu.

satu hari nanti kau akan berterima kasih dengan kecurangan dia, sebab kecurangan itulah yang telah membuat kau bertemu dengan jodoh dari syurga

aku? pun sudah! :)

Post a Comment