Wednesday, September 9, 2009

jadual padat bagai baldi dilimpahi air

Aku di Terengganu...

Hari Rabu merupakan hari bodoh aku dalam seminggu. Bodoh di sini, menurut kata mak, hari yang sangat sibuk. Penuh dengan kelas dan aktiviti. Jadual padat dari pagi hingga petang. Terasa mahu melayang-layang. Semua pensyarah berebut-rebut mahu mengganti kelas dan memberi kerja kursus. Kerja kursus lagi...:ayokona:

Pagi-pagi lagi sudah dahaga air. Mana tidaknya, kami disuruh menjalankan pelbagai pergerakan di empat stesen sewaktu Pendidikan Jasmani. Kemudian di kelas, menerima input-input yang berlebihan. Masing-masing sudah sampai ke batasan. Beyond the limit. :sakit:

Petangnya pula, ada kokurikulum. Olahraga. Berlari-lari anak lagi bermula jam 5 petang. Dahaga air lagi ::(. Kemudian, berlatih melontar peluru dengan teknik yang betul. Aku...melontar peluru? Tidak pasal-pasal, aku yang terlontar sekali. Haha!

Semasa waktu berbuka puasa di restoran, aku perasan ramai yang mengambil kesempatan untuk mengabdikan hari bahagia pada hari ini. 9 September 2009. Tarikh ong agaknya, ya?

Badan aku pun sudah sampai ke batasannya. Mata sudah kuyu. Aku letih. Perlu tidur.

Jadi...jom tidur :sleep:.

---------
-----------
Q-F
--------------------

2 comments

September 9, 2009 at 11:58 PM

ada satu hari tu saya lupa nak sahur, so the whole day mmg rasa mcm nak pengsan...hahaha

Nasib baik dapat bertahan & terus hidup sampai sekarang ;)

September 10, 2009 at 6:27 AM

Dyah: Hehe...saya yang bersahur ini pun rase macam hendak tumbang...bayangkan saya terlupa hendak bersahur...tidaaakkk!!

p/s: fuh...exaggerate sungguh!

Post a Comment