Friday, September 18, 2009

transit: Terengganu-Pulau Pinang-Perak

Aku di Pulau Pinang...

Alhamdulillah aku selamat sampai di rumah makcikku kira-kira jam 4.40pm semalam. Kami bergerak dari Batu Rakit, Terengganu dalam pukul 9.30am. Letih duduk dalam kereta. Tapi masih sempat untuk singgah di Bukit Bunga! :devilishgrin: Heboh rakanku, Ida, menggalakkanku membeli patung beruang panda yang memegang 'heart' bertulis LOVE YOU. "Belilah untuk Q," katanya. Aku sudah buat muka blur. Kenapa perlu beri beruang tu pada Q? Aku kata, patung ultraman tu nampak comel. Ida kata aku tidak romantik. Haha! senyumkenyit Akhirnya aku beli juga patung itu dengan harga RM10. Cis, berjaya juga Ida mempengaruhi aku! Tapi tidak tentu lagi, sama ada patung itu akan sampai pada Q. Entah-entah, jadi hak aku je :okay:.


Sejak dari malam tadi, telefon bimbitku asyik berbunyi. Banyak sms ucapan raya telah kuterima. Siap dengan pantun raya lagi. Hehe. Aku akan cuba untuk membalas sms kalian seberapa segera yang boleh, ya? Buat masa ini, kredit telefonku sudah boleh dikira nazak. Hehe. Eh, dapat sms lagi. Pantun raya ke? Bukan-bukan. Sms dari Mythili. Kami berdua perlu siapkan kerja kursus Kajian Tempatan dan buat macro-teaching selepas habis cuti raya ini :sweaty:. Sibuknya...
Insyaallah, pagi ini kami akan bertolak dari Pulau Pinang ke Perak. Syoknye :woooh:. Doakan kami selamat dalam perjalanan.
--------------------
Q-F
--------------------

2 comments

September 18, 2009 at 11:57 AM

Awaaak, semoga selamat sampai!!!

Bagilah patung tu pada Q...mana tahu dia suke..hehe

Dah ada niat, kena buat tau...tapi kalau tak sempat buat pun takpe =)

Kalau lah saya di M'sia, mesti awak akan dapat SMS rayer dari saya jugak! Heeeee~

September 18, 2009 at 5:33 PM

Hai Dyah!

Alhamdulillah...dah selamat sampai.

Patung tu dah selamat saya kasi kat opah saya. Opah berkenan :) Tak sanggup nak hampakan dia.

Selamat Hari Raya!

Post a Comment