Friday, December 31, 2010

31 Disember 2010

Selamat Tinggal 2010. Memang penuh cabaran dan liku-liku kehidupan.


Wednesday, December 29, 2010

merepek lagi

Aku tidak tahu sudah berapa kali aku menggunakan perkataan repek sebagai tajuk entri. Bukan  tidak ada idea. Tetapi aku rasa aku memang merepek yang bukan-bukan.

Sejak balik ke hutan batu ini, aku asyik tidak nyenyak tidur. Mungkin masih rindukan suasana kampung halaman. Dalam pada itu juga, kepala otak aku ni ada sahaja benda mengarut yang hendak difikirkan. Walaupun ia mengundang sakit hati yang melampau, aku masih fikirkan juga.  Aku sudah abnormal. Adoi.

Aku sedang cuba move on. Tetapi seperti ada sekatan. Aku ingin lepasi sekatan itu. Namun sesuatu masih merangkul aku dari belakang. Kehidupan aku tika 2010 ini amat bercelaru.

2011, tolong beri peluang untukku bertenang. Aku pohon.

Monday, December 27, 2010

repek kerepek

Perangai manusia ni kadang-kala susah hendak difahami. Depan cakap lain, belakang cakap lain. Rasanya sudah berkali-kali aku tekankan, biar jujur dan ikhlas dalam apa jua yang kita lakukan. Insyaallah, Allah akan membantu kita jika kita ditimpa kesusahan. 

Perlakuan kamu agak memeningkan kepala otak aku yang sudah sedia pening ini. Dahulu tidak kisah aku mengambil berat tentang kamu. Sekarang aku sudah tidak dibenarkan lagi. Apa sudah jadi ni? Kamu risau kekasih hati kamu mengamuk jika aku ambil tahu tentang dirimu? Jangan risau. Aku masih tahu bagaimana untuk menjaga hati kaum hawa. Cuma, kadang-kala kamu yang tidak peka dengan perasaan kaum hawa. 

Jaga hati dan perasaan dia elok-elok. Berhijrahlah dari seorang manusia kini kepada manusia yang lebih baik. Sesungguhnya apa yang kamu lakukan, segalanya tidak dapat lari dari pandangan Allah.



Monday, December 20, 2010

repekan keempat

Aku mengaku aku tidak sempurna. Tidak sehebat mana. Yang aku tahu, aku perasaanku ikhlas. Tidak berpura-pura. Dahulu aku sering usik kamu dengan kata-kata perli. Mengapa kamu tidak hubungiku walaupun kredit telefonmu masih berbaki. Tidak salahkan, bertanya khabar? Aku jauh dari kamu. Aku tidak tahu apa agenda kamu di sebalik sana. Aku tidak pinta kamu mengemaskini keadaanmu setiap masa. Aku cuma dambakan berita darimu. Adakah kamu sedang rindu aku. Adakah kamu sedang menatap gambarku. Adakah kamu sedang tersenyum membaca sms ku yang dulu-dulu. Aku tidak sangka kamu rimas dengan semua ini. Aku tidak sejiwa denganmu, bukan?

Aku bukan jenis perempuan yang sanggup buat apa sahaja demi cinta. Aku ada akhlak yang perlu dijaga. Selama ini aku membantumu, ikhlas kerana Allah s.w.t. Tetapi tafsiranmu tentang niatku berlainan sekali. 

Dua tahun tunggu kamu? Kita kenal belum sampai dua tahun pun. Terima kasih.

'Lagipun saya dengan awak bukan ada apa-apa'


Ya, saya faham. 


'what goes around, comes around.'


Wednesday, December 15, 2010

4 Tanda Munafik

Sabda Rasulullah s.a.w:"Ada empat tanda munafik. Apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran (menegakkan benang basah )". Riwayat Ahmad






hari keluarga kami

Seboleh-bolehnya tidak mahu tulis entri emo. Tetapi perlu medium untuk luahkan segala. Aish...

Hobiku waktu cuti sekolah ni, makan. Aku suka makan banyak-banyak. Tetapi dalam masa yang sama, aku tidak mahu gemuk. Bukan apa, nanti pergerakan terbatas. Aku ni jenis manusia yang suka buat hampir semua kerja laju-laju. Terutamanya, jalan laju-laju. Lepas tu jatuh! Haha! Jatuh tangga. Jatuh longkang. Familiku geleng kepala. Aku tersengih kerang. Jadi, badan perlu sentiasa terasa ringan untuk jalan lebih laju. >.<

Awal Disember lepas, kami adakan Hari Keluarga di Teluk Senangin. Chaletnya, alhamdulillah selesa. Sepupu sepapat gembira mandi laut. Aku malas hendak mandi. Leceh la, pakai cermin mata. Power dah beratus-ratus. Kalau mandi pakai cermin mata, karat la jawabnya. Kalau tak pakai cermin mata, tak pasal-pasal aku terpeluk abang handsome kat sebelah. Haha! Imaginasi melampaui batas! Tetapi aku serius!

Tidak mahu muat naik gambar di sini. Nanti orang kata aku cari publisiti. Sekarang pun aku dalam proses memadam gambar-gambar di Mukabuku. Bukan sebab perasan cantik, atau takut orang mengorat. Haha! (aku tahu aku tidak cantik mana). Cuma, tidak perlu expose sangat. Aku tidak penting mana. ^^

Blog aku pun bosan kan? Jadi, cuba teka orangnya macam mana? Haha!

Monday, December 13, 2010

i don't want to

For Allah's sake, I don't want to feel this way. 



He doesn't love you, Dilla. Wake up!



Sunday, December 12, 2010

watak dalam cerpen Encek PenaBerkala

Akhir-akhir ini aku sering juga blogwalking. Okay, aku tipu. Dalam sebulan cuma beberapa kali sahaja aku menjenguk blog-blog manusia di Malaysia ni. Satu hari aku ternampak ada satu nama asing yang menjengah chatbox aku. Aku amati. penaberkala. Aku lawati blognya. Sejak dari itu, blog dia menjadi singgahan aku. ^^

Pagi tadi aku terbaca tentang pencariannya mencari watak-watak untuk cerpen ciptaannya. Aku pun sibuk-sibuk hendak join sekali. Ada beberapa soalan yang ditanya dan aku senang menjawabnya. Pencarian Watak Dalam Cerpen. Klik pautan itu untuk maklumat lebih lanjut.

Sejenak tadi, aku lihat ada komen baru di chatbox


Dapat watak Puteri.  Bukan Puteri Kayangan ye. Bukan juga si Nora Danish. Aku sendiri tidak tahu bagaimana watakku. Kita sama-sama tunggu.

Okay, okay. Aku tahu penulisanku sangat membosankan. Tetapi aku peduli apa. Blogku,kan? Haha!


Terima kasih Encek penaberkala! (maaf jika namamu salah kueja^^)



*kemaskini:
Puteri = pengapit pengantin. hui yo! haha!

Thursday, December 9, 2010

repekan kedua

Aku mencari seseorang. Seseorang yang dekat dengan hatiku. Aku mencari dia di setiap pelusuk tempat. Tidak ketemu dia. Perasaan rindu bertandang. Aku terasa seperti dia orang yang ikhlas menyayangiku. 

Letih kakiku melangkah sehingga aku terserempak dengan seorang lelaki. Dia tersenyum kepadaku. Aku kenal raut wajahnya. Kami kenal berbelas tahun lalu. Dia berjalan ke arahku. Kian hampir. Dia menggenggam tanganku lalu kami menyusur pergi. Hatiku berkata 'Dia suamiku'.

Alangkah bahagianya jika ia realiti. Hehe. Gedik ah Dilla!

Okay. Ini cuma mimpi malam semalam. Seperti drama swasta. ^___^



Wednesday, December 8, 2010

repekan pertama

Kadang kala aku sendiri keliru dengan perasaan sendiri. Keliru dengan hati ini. "Ini perasaan apa?" Soalan lazim yang sering diutarakan kepada diri sendiri. Yang aku pasti, aku tidak mahu hatiku cedera lagi. Cukup-cukuplah dengan apa yang berlaku sebelum ini. Aku tidak mahu hati ini sedih lagi. 

Buat kamu, 

Kamu kata kamu sayang.
Kamu kata kamu suka.
Kamu kata kamu rindu.
Kamu kata kamu boleh gila tanpa aku.

Apa benar apa yang kamu katakan? Jika benar, tolong jujur denganku. Kalau kamu  membohongi aku, aku akan tahu. Sooner or later. Allah Maha Adil.


Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H

Semoga tahun ini akan dipenuhi dengan amalan yang diredhai Allah s.w.t. Insyaallah






Monday, November 22, 2010

cuti sekolah 2010

Cuti sekolah sudah bermula! Aku sudah mula cuti sejak 16 November lalu. Memang masyuk! Tahun depan akan ada pelbagai pembaharuan. Semoga cuti hujung tahun ni membawa kegembiraan. Insyaallah.


Ramai orang kata aku sudah tembam. Habislah...




Monday, November 15, 2010

ledakan jiwa

Seringkali aku ingin menghenyak dunia dengan kata-kata puitis. Namun aku tidak mampu. Aku tidak punya bakat menulis puisi. Lantaran itu, aku membaca coretan puisi yang sempat aku curi dengan ekor mata atau aku ambil keputusan untuk membeli senaskhah dua buat makanan jiwa aku.

Aku punya jiwa sendiri. Jiwa yang kadang-kala tidak stabil angkara parasit-parasit dunia. Tidak aku kecam semua. Segelintir cuma. Jiwa aku pernah ditoreh. Pernah ditarah hingga parah. Jiwa aku pernah melalui kekosongan kerna kekacauan yang melanda. Aku fikir jiwa aku sudah hancur. Tapi, masih ada yang sayang padaku. Terima kasih semua.

Jiwa aku tidak begitu kental. Tidak juga begitu rapuh. Ia berada di paras sedikit abnormal. Bila-bila masa boleh menjadi begitu keras seperti batu. Jua boleh menjadi kering seperti dedaunan mati. Pernah juga menjadi agak rapuh seperti kaca. Pabila terkena sedikit hentaman, hancur berderaian.

Aku tidak harapkan manusia lain memahami jiwaku dengan tepat. Cukup sekadar menghormati jiwaku. Fahami bahawa jiwaku sakit jika ditoreh dengan kata-kata nista. Parah bila ditarah dengan kata-kata dusta. Punah bila dicincang dengan kata-kata tajam seperti mata pisau.

Lewat ini aku semakin emosional. Bila terasa jiwa dipijak-pijak tanpa belas. Aku tidak pinta banyak.

hanya hormat jiwa kecilku.

sebelum jiwa ini kering.

pergi.

selamanya.


Sunday, November 14, 2010

jawapan ciptaan sendiri.

Kenapa orang yang kita dambakan dan ingin jumpa setiap hari berada jauh dari kita?


Kerna ia laluan untuk rindu bertandang. Sebagai ekspresi jiwa sendiri.


Tuesday, November 9, 2010

Friday, November 5, 2010

Happy Birthday ^^

Happy Birthday to:

My beloved Mom.
My Aunt.
Clavriene!


and Happy Deepavali :)




Saturday, October 30, 2010

senarai semak

Selalu smsü

Selalu callü

Selalu check dan komen mukabuku kamu - Ã¼

Selalu check blog kamu - Ã¼

Selalu ambil tahu tentang kamuü


Aku rasa aku sudah cuba lakukan yang terbaik untuk kamu. Aku harap kamu jua mampu berbuat begitu. Tidak begitu rumit untuk kamu kan?


Selepas ini tolong hindari persepsi negatif ciptaan kamu. Tidak ada faedahnya bertegang leher disebabkan perkara kecil. Cuba berbincang. Elakkan makan hati. Lebih baik kita makan nasi. Lagi best!


Tuesday, October 26, 2010

tanda kertas

Operasi menanda kertas jawapan murid-murid telah bermula. Hoyeh!



Pening dengan jawapan mereka. >.<


Sunday, October 24, 2010

Karnival Unit Beruniform

Semalam sekolah aku telah mengadakan Karnival Unit Berunifrom. Macam-macam aktiviti dijalankan. Budak-budak sangat gembira. Aku tidak mahu cakap banyak. Aku letak gambar sahaja ya.

 Platun PPIM

 
Sempat lagi tengok kamera

Kanak-kanak PPIM

Gerai Terbaik!

Baby 3G

Replika klinik dari galeri PBSM


Thursday, October 21, 2010

Aizat - Pergi

Sekarang asyik mendengar lagu sedih ini. Haih. Sepatutnya tidak perlu dilayan sangat perasaan bengong ini. Tetapi buat masa ini, biarlah aku dengar lagu Pergi berjuta-juta kali dahulu.


Persembahan Aizat di Anugerah Juara Lagu


Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
Hujan lebat mencurah kini bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi kudengari
Kau pergi..pergi..
Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia





Wednesday, October 20, 2010

novel penutup

Kisah cinta aku seperti novel. Penuh drama dan suspen. Namun, cerita itu berhenti hari ini. Pengakhiran cerita itu pahit seperti hempedu. Kamu takkan mahu tahu.

Hati menangis tiada siapa yang tahu. Aku harap orang itu akan sentiasa mengikuti cerita tentang aku di blog atau laman sosial.

noktah.


Tuesday, October 19, 2010

pentingkah?

Acapkali dia kata aku penting buat dia. Betulkah penting?




Penting?




ye ke penting?






....tak penting kot




noktah.

Sunday, October 17, 2010

rakan serumahku episod 2

Rentetan dari sini.


"Salam..dilla sy nk pindah umah blh cz adk sy dh msk umah bru. dia n hsbnd dia srh sy dok ngan diorg."

sistem pesanan ringkas diterima pada jam 3:21 petang, 17 Oktober 2010.

Aku sudah jangkakan tentang ini. Cuma aku ingatkan dia akan berpindah awal tahun depan. 

jika esok masih ada

Jika esok masih ada,
izinkan aku menatap wajahmu buat kali terakhir.


Jika esok masih ada,
izinkan aku memeluk dirimu.


Jika esok masih ada,
izinkan aku melihat kau tertawa.


Namun,
jika esok sudah tiada untukku,
ketahuilah bahawa aku sangat cinta padamu.


-oleh manusia yang aku gelar kawan, Oktober 2010.




Thursday, October 14, 2010

dah demam?

Teringat promosi Akademi Fantasia Musim ke berapa aku tidak ingat. Setiap kali iklan itu keluar di kaca televisyen, akan terkeluarlah ayat 'Dah Demam?' Kamu semua masih ingat tak iklan tu? Kalau soalan itu ditujukan kepada aku sekarang, senang sahaja aku menjawabnya.


Memang tengah demam teruk. Tapi bukan kerna Akademi Fantasia. Kerna cuaca di Malaysia. Hehe ^_^



Wednesday, October 13, 2010

terluka sendiri

Kadang-kadang aku sering terfikir, mengapa aku sanggup berada dalam situasi sekarang ini? Acap kali dilukai sama ada secara tersurat atau tersirat. Aku sendiri tiada jawapan tersebut. Memang mudah mengungkap kata-kata sayang, cinta, kasih, rindu dan pelbagai lagi ayat-ayat cinta. Tetapi dalam masa yang sama melukai hati dan perasaan aku. Banyak kali aku terbaca tentang kekesalannya melukakan hati aku. Apa benarkah dia betul-betul kesal? Ikhlaskah dia? Hati aku ini sangat fragile. Bila sudah pecah berderai, bukan senang hendak kutip kembali. Ambil masa agak lama. Ya Rahman, aku pohon perlindungan dariMu.


Entri ini agak kucar-kacir. Mungkin kerna emosi aku tidak berapa stabil sekarang. Bila aku demam sahaja, emosi turut sama demam. Perasaan bercampur-baur. Susah macam ni.


Tuesday, October 12, 2010

lupa

Melupakan seseorang bukannya satu perkara mudah. Lagi-lagi dia pernah meninggalkan jejak dalam kehidupan kita. 

Jujur, aku tidak akan lupa apa yang pernah terjadi dahulu. Perkara yang pernah membuatkanku makan hati berulam jantung. Tetapi, perkara itu sudah lepas. Aku sedang cuba untuk tidak memperkatakan tentangnya.


Hingga saat ini tintaku  masih setia menulis tentang kamu di setiap lembaran kehidupan ini. Adakah kamu sedar betapa pentingnya kewujudan kamu?

Saturday, October 9, 2010

dilla, bangun!

Hello! Wake up, dilla! Kamu bukan siapa-siapa lagi dalam hidup dia! Jangan sibuk-sibuk hendak mengacau kehidupan peribadi dia lagi. Kamu ni psycho ke apa? Atau kamu hendak jadi stalker? Berhenti ganggu dia! Dia tidak suka!



Wake up!








aku tahu dan aku sedar tentang itu. maaf di atas kebiadapanku. aku cuba berubah. lebih menghormati orang lain. maaf. aku bodoh kerna masih mengharapkan suatu yang tidak pasti.


Tuesday, October 5, 2010

rakan serumahku

Dua hari yang lalu, aku dapat rakan serumah. Orang Pantai Timur. Aku sudah jelaskan kepada dia tentang kondisi rumah sewaku yang tidak seberapa. Tetapi dia masih jua ingin menyewa denganku.  

Semalam, baru sehari tidur di sini, dia sudah bercerita tentang rumah sewa yang baru. Kata dia, cikgu di sekolahnya mencadangkan dia menyewa di rumah flat tiga bilik berdekatan dengan sekolahnya. Kata cikgu itu lagi, buat masa ini dia duduk menyewa denganku dahulu. Tahun depan, bila ada cikgu baru masuk, boleh dia berpindah ke rumah flat tiga bilik itu. Aku diam sekejap dan kemudian mengiakan semua yang dia katakan. Tidak mahu berbalah. Aku sedar rumah sewaku ini hanya rumah flat satu bilik. Mungkin dia tidak berapa selesa dengan keadaan rumah ini. Jujur, memang bosan duduk sendiri. Tiada teman bicara. Tiada kawan gelak ketawa. Tiada bahu berkongsi duka. Tetapi aku bahagia duduk sendiri. Serius.

Mungkin aku masih belum biasa dengan suasana baru ini. Tiba-tiba ada orang yang tidak berapa dikenali duduk sekali dengan kita, kan? Sabar Dilla. Beri masa untuk diri sendiri.


*cepat terasa. agak melampau kan. Hehe.

Friday, October 1, 2010

dari sini ke Kajang

Hujung minggu ini akan berteleku di Kajang. Makcikku kata dia akan membuat mee rebus pada esok hari. Bestnya makan! ^____^



Sunday, September 26, 2010

the final Doraemon

Honestly, I cried while and after watching this video. (T_T)




But it is not official yet. 


Saturday, September 25, 2010

24 Ciri-ciri Orang Yang Mencintai Kamu

Sekadar ingin berkongsi info dengan kawan-kawan semua. Diambil dari internet. Ada ayat-ayat yang telah aku edit. Namun ia masih tidak lari dari makna asal. 


#Orang yang mencintai kamu tidak mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

#Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli. Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

#Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

#Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu. 

#Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu,", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

#Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

#Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

#Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kamu tuturkan padanya, dan akhirnya kamu musnahkan? Pasti kamu lupa tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

#Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu, kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

#Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

#Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

#Orang yang mencintai kamu akan memberikan sesuatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi bagianya barang itu sangat istimewa.

#Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang  bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

#Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

#Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu.

#Di hatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh di mata, dekat di hati'?

#Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

#Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

#Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindui kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu, dia akan meminta maaf dan tidak akan melakukannya lagi.

#Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu maka dia akan mengajar dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaanmu.

#Kalau kamu melihat telefon bimbitnya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun SMS itu kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

#Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

#Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tidak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.

#Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kamu pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

"Adakah pernah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut. Kamu akan menyesal melakukannya!"


Sumber: Tentangcinta

Disclaimer: aku bukan penulis asal artikel ini. ^_^

    Friday, September 24, 2010

    Selamat Hari Lahir, Amrah!

    Buat sahabatku tika di Taman Ilmu dan Budi, rakan blogger yang rajin sekali menjenguk blog picisanku, Cik Amrah binti Abdul Majid, Selamat Ulangtahun Kelahiranmu yang ke 18. Hehe. Sekali sekala jadi muda, apa salahnya, kan?

    Maaf, aku tidak dapat imbas kembali 100% bagaimana aku mengenali Amrah. Kebelakangan ini ingatanku tidak begitu baik. Tetapi aku pasti aku kenal Amrah sewaktu kelas Bahasa Arab Tahap 1 di Matrikulasi Taman Ilmu dan Budi. Amrah masih ingat wajah comel Ustaz Afifi? Hehe =)

    Apa yang aku tahu tentang Amrah? Jujur aku katakan, aku tidak tahu banyak perkara tentang Amrah. Maaf. Jadi, apa yang aku tahu...

    #Amrah suka teater.
    #Amrah tinggal di Kajang.[aku masih ingat lagi tika famili Amrah belanja kami Sate Kajang. sangat masyuk, ok?]
    #sekarang Amrah di Melbourne, Australia. 
    #Famili Amrah sangat baik. 
    #Amrah pandai.
    #Amrah rajin terlibat dengan pelbagai aktiviti persatuan tika di Taman Ilmu dan Budi.

    dan, Amrah sangat baik dengan aku. Terima kasih kerna menjadi salah seorang sahabatku. Entri ini khas untukmu.

    Selamat Hari Lahir, Amrah. Sayang Amrah selalu.


    *Sepatutnya aku tulis entri ini awal-awal lagi. Maaf.


    Thursday, September 23, 2010

    impian kecil tapi nampak besar

    Okay, hari ini hendak membebel tentang teman hidup. Harap-harap entri ini tidak akan menjurus kepada kejiwangan. Hehe.

    Aku punya impian untuk mempunyai seorang Adam (bukan yang bernama Adam ye) untuk membimbing aku dan keluarga kami. Diizinkan Allah, aku kepingin seorang Adam yang beriman dan berjiwa besar. Dia mampu untuk membawaku dan anak-anak meniti titian yang diredhai Allah. Ramai yang inginkan bakal Adam yang kacak bergaya tetapi bukan aku. Cukuplah sekadar sedap mata aku memandang. Kalau handsome pasti aku sentiasa susah hati kerna risau dia dirampas dariku. Aku pernah alami perasaan itu dan aku tidak ingin ia terjadi sekali lagi.

    Adam,

    Namaku Dilla. Aku tidak secantik Siti Zulaikha, isteri Nabi Yusuf a.s. Aku tidak secekal Fatimah, isteri Saidina Ali r.a. Aku tidak sebaik Siti Khadijah, isteri Nabi Muhammad s.a.w. Namun aku pasti Allah telah anugerahkanku kelebihan yang aku sendiri tidak ketahui. Aku bukan wanita materialistik. Bukan juga plastik. Aku cuma dambakan seorang lelaki yang jiwanya hidup hanya kerna Allah s.w.t. 

    Adam,

    Aku akan mencintaimu kerna Allah s.w.t. Aku harapkan kamu juga begitu. Jika kamu benar-benar ikhlas mencintaiku, kita akhirinya dengan ikatan yang diredhai Allah s.w.t. Diizinkan Allah, aku akan menunggumu.

    Yang ikhlas,