Aku tidak tahu sudah berapa kali aku menggunakan perkataan repek sebagai tajuk entri. Bukan tidak ada idea. Tetapi aku rasa aku memang merepek yang bukan-bukan.
Sejak balik ke hutan batu ini, aku asyik tidak nyenyak tidur. Mungkin masih rindukan suasana kampung halaman. Dalam pada itu juga, kepala otak aku ni ada sahaja benda mengarut yang hendak difikirkan. Walaupun ia mengundang sakit hati yang melampau, aku masih fikirkan juga. Aku sudah abnormal. Adoi.
Aku sedang cuba move on. Tetapi seperti ada sekatan. Aku ingin lepasi sekatan itu. Namun sesuatu masih merangkul aku dari belakang. Kehidupan aku tika 2010 ini amat bercelaru.
2011, tolong beri peluang untukku bertenang. Aku pohon.