Akhir-akhir ini aku sering juga blogwalking. Okay, aku tipu. Dalam sebulan cuma beberapa kali sahaja aku menjenguk blog-blog manusia di Malaysia ni. Satu hari aku ternampak ada satu nama asing yang menjengah chatbox aku. Aku amati. penaberkala. Aku lawati blognya. Sejak dari itu, blog dia menjadi singgahan aku. ^^
Pagi tadi aku terbaca tentang pencariannya mencari watak-watak untuk cerpen ciptaannya. Aku pun sibuk-sibuk hendak join sekali. Ada beberapa soalan yang ditanya dan aku senang menjawabnya. Pencarian Watak Dalam Cerpen. Klik pautan itu untuk maklumat lebih lanjut.
Sejenak tadi, aku lihat ada komen baru di chatbox.
Dapat watak Puteri. Bukan Puteri Kayangan ye. Bukan juga si Nora Danish. Aku sendiri tidak tahu bagaimana watakku. Kita sama-sama tunggu.
Okay, okay. Aku tahu penulisanku sangat membosankan. Tetapi aku peduli apa. Blogku,kan? Haha!
Terima kasih Encek penaberkala! (maaf jika namamu salah kueja^^)
*kemaskini:
Puteri = pengapit pengantin. hui yo! haha!
4 comments
hahaa
pengapit pengantin
wooo
haha!
dalam cerpen & juga realiti.
terbaek!
ek? kena dgn watak yg diberikan,haha
kebetulan betul
btw, thanks ya
siap ada entri khas kot ni
terharu, really appreaciate it
sory lambat respon
nama tu betul dah eja, tapi semua huruf kecik :)
bukan berkaler ye,hak3
penaberkala: hahaha! penaberkaler tu menarik ye. warne-warni gitu.
saje je wat entri tu. aprisiasi kawan sendiri :)