Tuesday, March 30, 2010

suam-suam kuku

Hari ini aku menjadi pengacara terjun untuk Pertandingan Bercerita Murid Tahap Dua. Nasib baik lah majlisnya tidak formal. Maka, aku dengan uniform lengkap Kadet Remaja Sekolah menjadi salah seorang pengacara bergaya pada petang tadi. Jika aku yang dahulu, pasti aku tidak berani berdiri di hadapan orang ramai. Di pusat pengajian tinggi pun, aku sering cuak ketika pembentangan. Tetapi, kawan-kawanku kata mukaku 'cool'. Mereka tidak tahu, dalam hati aku, dup dap dup dap. Hehe.

Perkara semalam masih lagi menjenguk di ingatanku. Pabila kita mendengar perkara yang menyentap jiwa, ia seakan meragut ketenangan yang ada pada ketika itu. Tipu lah jika aku katakan aku tidak sedih. Aku pohon kepastian, namun aku pula yang ditanya, mengapa aku tidak percaya kepadanya. Mengapa aku senang-senang percayakan orang lain sehingga hilang terus kepercayaanku kepadanya. Masalahnya aku hanya bertanya. Mungkin pemilihan perkataanku tidak kena pada masanya. Pada waktu itu, aku buntu. Keliru dengan segalanya. Salahkah aku kerna berasa risau? Salahkah aku kerna takut kecewa. Kala itu, aku sendiri tidak tahu pemikiranku melayang, menerawang entah ke mana.

Jika aku sedih, dan perlu ketawa, akan kujengah blog Encek Luffy. Terima kasih. Aku mampu senyum, walau hanya sedikit.



Sunday, March 21, 2010

Terompah Surau's "I wish....." Giveaway

Sempena dengan Hari Lahir Cik Liyana, beliau telah mengadakan pertandingan 'I wish...'. Aku tengok hadiahnya, sangatlah comel.

Aku pun sibuk la menghantar harapan kecilku. Tidak mengharapkan hadiah sangat. Hanya suka untuk berkongsi impian. Tidak salah, kan?

Aku tidak sempat melihat mana-mana blog pun semalam. Seharianku di dalam bas, LRT dan kereta. Perjalanan dari Perak ke Terengganu memang meletihkan.

Hari ini, saja suka-suka hati menjenguk blog Cik Terompah kita. Aku lihat ada senarai pemenang. Uik! Seperti namaku. Musykil juga. Aku jarang menang dalam apa jua pertandingan. aku klik dan memang sahih namaku.

Aku menang. Yay! Terima kasih Cik Liyana a.k.a TerompahSurau.


Tuesday, March 16, 2010

enam negeri dalam satu hari

Jumaat lepas aku ke Kelantan kerna keesokan harinya adalah hari persandingan sahabatku. Hari bahagia dia. Tidur sehari di Rantau Panjang, kemudian ke Bachok pula.

Ahad, hari yang memenatkan. Selepas sarapan, bergerak dari Kelantan. Singgah sebentar di Terengganu dan meneruskan perjalanan ke Pahang. Terasa sangat lama untuk keluar dari Terengganu. Bertukar pemandu, menempuh kampung-kampung, lori-lori balak yang memenuhi jalanraya. Fuh, cabaran. Cuba tidur untuk merehatkan diri. Tetapi gagal. Tidak tidur langsung sepanjang perjalanan.

Selamat sampai di Gombak, Selangor pukul 6 petang. Perlu menaiki LRT untuk ke Kuala Lumpur. Jika tanpa apa-apa muatan, aku boleh berjalan kaki dari Pasar Seni ke Puduraya dalam masa 10 minit. Tetapi dengan beg balik kampung yang boleh tahan beratnya, beg laptop di bahu, aku kalah. 20 minit aku berjalan.

Alhamdulillah, masih ada tiket pulang ke Perak. 7.30malam. Pada waktu itu, jam sudah pukul 7.00 malam. Tetapi biasalah, Puduraya memang sesak. 7.45 malam baru bas bergerak dari situ. Akhirnya dalam bas aku tertidur keletihan. Memang tidur sesungguh hati. Hanya tersedar apabila tiba di tol Bidor. Nasib baik.

Sampai di Kampar, dalam pukul 10.05 malam. Terasa mahu pengsan. Tunggu ayah, kami makan malam. Agak lewat sampai di rumah. Tetapi mata tiba-tiba segar. Susah betul. Pukul berapa tertidur, aku tidak ingat. Yang pasti, sehingga sekarang, bahagian belakangku sakit amat.

Walau bagaimanapun, sangat seronok dapat pulang ke rumah. Yay!



Wednesday, March 3, 2010

manusia akhir zaman

Ketika sahabatku memulakan bicara tentang berita arwah Syafia beberapa hari lalu, aku tersentak. "Eh, bukankah ini berita yang aku lihat di laman sosial sebentar tadi," fikirku. Kudengar, anak kecil itu disepak terajang, dipukul bertalu-talu. Binatang lelaki itu. Serius, aku sangat bencikan manusia yang menganggap mereka sudah 'dewasa' dan 'matang' dalam kehidupan, melepaskan amarah kepada si kecil yang tidak tahu apa-apa.

Apa kau ingat kau besar sangatkah? Siapa kau untuk menghancurkan kehidupan dia? Dia bukan milikmu. Dia anugerah dari Allah s.w.t. Di mana sifat perikemanusiaan kau? Mengapa sifat binatang yang kau tunjuk di depan jutaan manusia? Kau bahagia kala si kecil tidak bernafas lagi? Kau kena rasukan syaitankah sampai kau membelasah dia? Jika kau tidak inginkan si kecil itu, berikan pada aku, bangsat!

"Siapa yang tidak marah pada masa sepatutnya dia marah itu keldai dan siapa yang tidak menghapuskan kemarahannya pada ketika dia mampu untuk itu, dia adalah syaitan."

Kupetik kata-kata hikmah itu untuk kau.

Aku tahu kau tidak akan membaca tulisanku ini. Tetapi biar satu dunia maya tahu bahawa aku sangat bencikan manusia yang bersifat kebinatangan.

Terima kasih kepada ibunya kerna tidak berusaha menjadi ibu yang baik. Nah, hilang sudah anakmu. Mana hendak dicari ganti? Kau ingat nyawa ada dijual di mana-mana kedaikah? Kau patut muhasabah diri. Yang pergi, tidak akan kembali. Walau dengan air mata darah sekalipun. Kau kata kau peduli? Fikir semula.

Semoga roh adik kecil Syafia dirahmati Allah s.w.t. Al-Fatihah.