Ketika sahabatku memulakan bicara tentang berita arwah Syafia beberapa hari lalu, aku tersentak. "Eh, bukankah ini berita yang aku lihat di laman sosial sebentar tadi," fikirku. Kudengar, anak kecil itu disepak terajang, dipukul bertalu-talu. Binatang lelaki itu. Serius, aku sangat bencikan manusia yang menganggap mereka sudah 'dewasa' dan 'matang' dalam kehidupan, melepaskan amarah kepada si kecil yang tidak tahu apa-apa.
Apa kau ingat kau besar sangatkah? Siapa kau untuk menghancurkan kehidupan dia? Dia bukan milikmu. Dia anugerah dari Allah s.w.t. Di mana sifat perikemanusiaan kau? Mengapa sifat binatang yang kau tunjuk di depan jutaan manusia? Kau bahagia kala si kecil tidak bernafas lagi? Kau kena rasukan syaitankah sampai kau membelasah dia? Jika kau tidak inginkan si kecil itu, berikan pada aku, bangsat!
"Siapa yang tidak marah pada masa sepatutnya dia marah itu keldai dan siapa yang tidak menghapuskan kemarahannya pada ketika dia mampu untuk itu, dia adalah syaitan."
Kupetik kata-kata hikmah itu untuk kau.
Aku tahu kau tidak akan membaca tulisanku ini. Tetapi biar satu dunia maya tahu bahawa aku sangat bencikan manusia yang bersifat kebinatangan.
Terima kasih kepada ibunya kerna tidak berusaha menjadi ibu yang baik. Nah, hilang sudah anakmu. Mana hendak dicari ganti? Kau ingat nyawa ada dijual di mana-mana kedaikah? Kau patut muhasabah diri. Yang pergi, tidak akan kembali. Walau dengan air mata darah sekalipun. Kau kata kau peduli? Fikir semula.
Semoga roh adik kecil Syafia dirahmati Allah s.w.t. Al-Fatihah.
3 comments
semoga Ibunya Bakal "Aman" di sana kelak...
Bila hidup diselubungi syaitan.... keperimanusian hilang...
Al-Fatihah pd Arwah ....
kesian kan .
kalau tak nak bela anak tu , bg la pada yang nak bela .
bagi la pada yang mampu jaga bdk tu lagi bgs dr mak dia kan .
apa la salah budak tu , dia bdk2 je ..normal la kalau bdk2 nakal kan . sampai arwah budak tu d buat nya .
betul2 menyentapkan jiwa
syeeda: tidak sangka ibunya begitu.
anis: pabila amarah menguasai, manusia lupa diri. syaitan jadi ganti.