Tuesday, March 16, 2010

enam negeri dalam satu hari

Jumaat lepas aku ke Kelantan kerna keesokan harinya adalah hari persandingan sahabatku. Hari bahagia dia. Tidur sehari di Rantau Panjang, kemudian ke Bachok pula.

Ahad, hari yang memenatkan. Selepas sarapan, bergerak dari Kelantan. Singgah sebentar di Terengganu dan meneruskan perjalanan ke Pahang. Terasa sangat lama untuk keluar dari Terengganu. Bertukar pemandu, menempuh kampung-kampung, lori-lori balak yang memenuhi jalanraya. Fuh, cabaran. Cuba tidur untuk merehatkan diri. Tetapi gagal. Tidak tidur langsung sepanjang perjalanan.

Selamat sampai di Gombak, Selangor pukul 6 petang. Perlu menaiki LRT untuk ke Kuala Lumpur. Jika tanpa apa-apa muatan, aku boleh berjalan kaki dari Pasar Seni ke Puduraya dalam masa 10 minit. Tetapi dengan beg balik kampung yang boleh tahan beratnya, beg laptop di bahu, aku kalah. 20 minit aku berjalan.

Alhamdulillah, masih ada tiket pulang ke Perak. 7.30malam. Pada waktu itu, jam sudah pukul 7.00 malam. Tetapi biasalah, Puduraya memang sesak. 7.45 malam baru bas bergerak dari situ. Akhirnya dalam bas aku tertidur keletihan. Memang tidur sesungguh hati. Hanya tersedar apabila tiba di tol Bidor. Nasib baik.

Sampai di Kampar, dalam pukul 10.05 malam. Terasa mahu pengsan. Tunggu ayah, kami makan malam. Agak lewat sampai di rumah. Tetapi mata tiba-tiba segar. Susah betul. Pukul berapa tertidur, aku tidak ingat. Yang pasti, sehingga sekarang, bahagian belakangku sakit amat.

Walau bagaimanapun, sangat seronok dapat pulang ke rumah. Yay!



2 comments

Anonymous
March 18, 2010 at 3:09 AM

bestnyer dapat rehat2 kat rumah
tu yg aku jeles tu

March 18, 2010 at 10:57 AM

cuti memang masyukkkk!!!

Post a Comment