Monday, August 30, 2010

kenangan sehari sebelum Merdeka

Merdeka Tahun 2002.


Bila tiba tanggal 31 Ogos setiap tahun, aku pasti teringat zaman matrik dahulu. Masa tu sangat innocent, okay? Dua hari sebelum Hari Merdeka tahun itu, aku lihat kakak-kakak seniorku sibuk berbincang di mana mereka mahu menyambutnya. Dataran Merdeka? KLCC? Atau duduk sahaja di asrama, menjadi budak malas skema.

Tiba-tiba salah seorang daripada mereka mengajakku untuk turut serta dalam operasi mereka. Aku dengan tidak banyak songeh [innocent kan? Haha!], terus bersetuju dengan ajakan itu. Keesokan harinya, kami beramai-ramai keluar pergi ke taman KLCC. Aku seorang sahaja junior di kalangan senior. Mereka memang kakak-kakak yang baik! Mereka kata kami akan overnight di taman KLCC. Aku angguk aje. Mana tahu apa-apa. Hehe!

Malam itu, memang masyuk lah. Tengok bunga api kat langit. Aku sangat suka! Tetapi tidak lah sampai terkinja-kinja. Selepas selesai sambutan Merdeka hari itu, kami duduk di kerusi batu berdekatan. Ramai sungguh pasangan remaja beraksi Tilam Vono di sekitar taman. Hep! Sila jangan berfikiran lucah di situ. Waktu itu aku menggunakan istilah Tilam Vono sebagai rujukan untuk bermesra-mesraan. Pemandangan yang sungguh tidak indah. Kami menunggu sehingga hari cerah. Aku memang sangat mengantuk. Ye la. Aku tidak pernah keluar sampai macam ini. Ini pertama kali ma.

Teringin sangat hendak balik awal . Tetapi kami tidak mahu kantoi dengan Mak Guard. Rupa-rupanya malam tadi ada spot check. Siapa yang tiada dalam bilik akan diambil namanya! Macam mana ni? Nak tak nak kena balik asrama jugak. Kami ambil keputusan untuk balik juga pagi tu. Aku tidak ingat pula LRT yang ke berapa kami ambil. Hehe!


Sampai-sampai, masing-masing cuba buat muka cool. Sekali Mak Guard tahan da masa kami sampai depan pintu pagar. Sebarang alasan Mak Guard tu tak nak terima. Tidak pasal-pasal kena saman. Memang lawak!

Sumpah. Lepas itu aku tidak buat kerja gila lagi. Tahun depan, aku jadi budak skema. Duduk bilik. Tidur sahaja. Malas Skema, kan? Kali ini, junior aku pula yang hilang entah ke mana. Bila MPP datang ketuk pintu pukul 2-3pagi, aku dengan baik hatinya mengcover budak-budak kecik tu.


Aku kan innocent. Hahaha!


Ceh! Pirahhhh!!!






Thursday, August 26, 2010

menanti di KL Sentral

Sewaktu entri ini ditulis, aku sedang kebosanan di KL Sentral. Train pukul 10 malam, tetapi aku sudah selamat sampai di sini jam 4.45 petang tadi. Skema sungguh. Bukan apa. Aku takut kalau gerak lambat, ada halangan pula di mana-mana. Nauzubillah. Sekarang ni sedang menggunakan wifi McD. Kadang kala line nya seperti siput. Lembap. Waktu lainnya, elok sikit. Aku sedang menahan diriku daripada menyumpah-nyumpah connection yang entah apa-apa. Ramadhan ni Dilla. Sabar.

Aku lihat KFC sudah penuh dengan orang. Kalau sudah seperti tin sardin, tidak hingin aku berhimpit-himpit. Nanti bermacam-macam aroma yang aku terpaksa nikmati. McD aku tidak nampak pula bagaimana bahananya. Susah-susah, aku tapau sahaja. Makan di mana-mana yang sesuai. Kalau seorang-seorang ni senang sikit. Diri sendiri tidak perlu banyak songeh. Nanti sendiri yang merana. Kan?

Esok cuti. Aku mahu lepak di rumah. Sabtu, kawan-kawan ajak berbuka bersama-sama. Aku mesti cuba pergi, beb. Kawan-kawan sekolah tu. Ada yang sudah lama aku tidak berjumpa. Kawan ketika tingkatan 3, lama tidak berhubung dengan dia. Bulan lepas baru jumpa balik. Sekali aku dikatakan minat pada dia. Adoi. Spekulasi liar betul. Buat masa ini aku cuba tidak terlibat dengan apa-apa skandal atau cinta ya. Pengalaman pahit tu. Ahaks!

Ade minah kat depan aku ni agak seksi. Aku tidak pasti dia Muslim atau tidak. Rasanya, kalau kaum Adam melihat minah ini, iman mereka yang senipis kulit bawang tu boleh berada dalam bahaya. Haha! Akak oi...nape awok dop paka molek skek?

Aku rindu famili. Rindu kawan-kawan. Kamu rindu aku tak? hihi.

Sunday, August 22, 2010

memang tak best!

Duduk rumah sorang-sorang memang tak best!
Cakap sorang-sorang memang tak best!
Berbuka puasa sorang-sorang memang tak best!
Jalan kaki pergi ke Bazar Ramadhan sorang-sorang memang tak best!








Sunyi.




Friday, August 20, 2010

hari kelima



Sedar tidak sedar sudah lima hari aku bekerja di bandar ini. Aku menghadapi masalah untuk ke mana-mana kerana tidak berapa biasa dengan keadaan sekeliling. Aku akui ada stesen LRT terdekat namun masih tidak berpeluang untuk explore. Agak sibuk dan aku seorang yang penakut. Hehe. Minggu ini budak-budak sibuk menjawab ujian. Aku hanya menjaga kelas peperiksaan semata-mata. Minggu depan akan bermula sesi pengajaranku. Aku doakan semuanya berjalan lancar. Insyaallah. Kalian tolong doakan aku, ya? Tahun ini aku tidak ditugaskan untuk mengajar subjek opyenku kerna jadual guru-guru sudah molek dan sekarang ini pun sudah hampir hujung tahun. Sekolah tidak mahu merombak segala-galanya untuk kerna aku yang kerdil ini. Maka, jadualku terhasil dari cedokan matapelajaran dari guru lain. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya aku ada kelas untuk diajar.

Dalam minggu ini juga pelbagai perkara yang tidak dijangka berlaku. Perkara yang aku sudah anggap sejarah, datang menjengukku secara tiba-tiba. Kamu masih kawanku. Aku akan cuba bantu kamu sedaya mungkin. Kamu tiada tika aku terkapai-kapai kelemasan beberapa bulan dahulu. Tetapi, kamu jangan risau. Aku bukan kamu. Prinsip hidupku, biar ikhlas bersahabat. Aku cuba menjadi seorang sahabat yang bukan hanya wujud tika kamu bergelak ketawa, tetapi jua tika kamu menangis duka. Kamu ingat itu. Cuma jika kamu membuat keputusan yang membelakangkan aku, aku nasihatkan, kamu jangan muncul dalam hidup aku lagi. Yalah, buat apa aku dalam hidup kamu (setelah menasihati, memberi semangat etc) jika kamu mengambil keputusan untuk kembali semula kepada parasit itu? Buka mata, buka minda, buka hati. Lihat realiti kehidupan. Aku sedar, kamu nafikan yang kamu akan menerimanya kembali. Tetapi manusia berubah. Kamu perlu kuatkan hati kamu. Tekadkan hati kamu. Insyaallah, kamu akan berjaya mengatasinya. Masa yang diambil memang lama. Mungkin berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Jika aku boleh melaluinya, kenapa tidak kamu? Tetapi jika kamu sanggup mengambil risiko untuk dilukai sekali lagi, kamu teruskanlah niat kamu untuk bersama dia. Aku tidak akan komen lebih-lebih. Siapa aku?

Oh, buat masa ini aku tidak akan menerima kamu semudahnya. Ingat ini, kamu kawan aku. Tidak lebih dari itu.


Sunday, August 15, 2010

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Al-Mubarak

Buat famili, sanak saudara, sahabat-sahabat, kawan-kawan dan Q,

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Moga Ramadhan kali ini membawa sejuta barakah untuk kita semua. Insyaallah.


Friday, August 6, 2010

pandang ke hadapan

Jika diizinkan Allah, aku ingin melupakan segala kepahitan yang aku lalui sebelum ini. Aku ingin move on. Aku pinta sanak saudara dan sahabat-sahabatku supaya tidak menghebahkan tentang tempat aku bakal menabur bakti. Bukan ingin berlagak sombong. Bukan ingin melarikan diri. Tetapi aku mahu bina hidup sendiri. Hanya famili di hati. Tidak perlu lagi sentiasa risaukan si dia kalau-kalau dirampas. Tidak perlu lagi risaukan tentang kesihatan dia. Tidak perlu risaukan entah apa-apa tentang dia lagi. Cukup setakat itu. Dia pun tidak pedulikan aku. Buat apa aku perlu ambil peduli tentang dia. Hidup ini bukan hanya take sahaja. Ada prinsip give and take. Kalau setakat mengangguk konon-konon faham, tetapi habuk pun tidak ada. Tidak berguna juga.

Aku bukan seorang penglipur lara seperti rakan blogger ku yang lain. Aku hanya menyampaikan perasaan hati aku. Aku tahu, aku sering memperkatakan tentang ini. Tetapi kadang-kala aku terasa pelik kerna aku sibuk memperkatakan apa yang aku rasa, orang lain menceritakan tentang cerita ciptaan mereka. Aku terasa aku yang pelik. Bukan mereka. Aku rasa, daripada penulisan aku, hidup aku seperti sangat sedih. Macam tiada cahaya. Ah! Itu bullshit!

Perlu pandang ke hadapan. Tinggalkan kenangan lama. Tetapi bukan semua perlu dilupakan. Ada satu perkara sangat penting TIDAK BOLEH dilupakan. Q, kamu tahu apa yang aku perkatakan. Jangan buat-buat lupa, ya?

Mungkin di dunia kamu boleh lari. Tetapi, aku tidak boleh menjamin keselamatan kamu di akhirat sana. Kita ada mahkamah Allah s.w.t.

Renung-renungkan dan selamat beramal. [aku tidak nampak connectionnya di sini. ahaks]


Monday, August 2, 2010

keputusan penempatan

Sepatutnya hari ini keputusan penempatan guru diumumkan. Namun sehingga entri ini ditaip, masih tiada khabar berita. Aku sudah tidak senang duduk ni. Masih setia menunggu. Aku lihat, ramai rakanku online semata-mata untuk menjenguk Portal Kementerian Pelajaran. Apabila keputusannya dikeluarkan, aku akan roger famili dan kawan-kawan. Aku akan cuba elak untuk mengheboh-hebohkan di blog atau laman sosial dalam masa terdekat ini. Sejujurnya, aku tidak mahu dia tahu.

Kamu masih mengikuti blog aku? Aku tidak mahu kamu tahu di mana aku ditempatkan. Kamu bergembiralah di Rawang, ya?