Sewaktu entri ini ditulis, aku sedang kebosanan di KL Sentral. Train pukul 10 malam, tetapi aku sudah selamat sampai di sini jam 4.45 petang tadi. Skema sungguh. Bukan apa. Aku takut kalau gerak lambat, ada halangan pula di mana-mana. Nauzubillah. Sekarang ni sedang menggunakan wifi McD. Kadang kala line nya seperti siput. Lembap. Waktu lainnya, elok sikit. Aku sedang menahan diriku daripada menyumpah-nyumpah connection yang entah apa-apa. Ramadhan ni Dilla. Sabar.
Aku lihat KFC sudah penuh dengan orang. Kalau sudah seperti tin sardin, tidak hingin aku berhimpit-himpit. Nanti bermacam-macam aroma yang aku terpaksa nikmati. McD aku tidak nampak pula bagaimana bahananya. Susah-susah, aku tapau sahaja. Makan di mana-mana yang sesuai. Kalau seorang-seorang ni senang sikit. Diri sendiri tidak perlu banyak songeh. Nanti sendiri yang merana. Kan?
Esok cuti. Aku mahu lepak di rumah. Sabtu, kawan-kawan ajak berbuka bersama-sama. Aku mesti cuba pergi, beb. Kawan-kawan sekolah tu. Ada yang sudah lama aku tidak berjumpa. Kawan ketika tingkatan 3, lama tidak berhubung dengan dia. Bulan lepas baru jumpa balik. Sekali aku dikatakan minat pada dia. Adoi. Spekulasi liar betul. Buat masa ini aku cuba tidak terlibat dengan apa-apa skandal atau cinta ya. Pengalaman pahit tu. Ahaks!
Ade minah kat depan aku ni agak seksi. Aku tidak pasti dia Muslim atau tidak. Rasanya, kalau kaum Adam melihat minah ini, iman mereka yang senipis kulit bawang tu boleh berada dalam bahaya. Haha! Akak oi...nape awok dop paka molek skek?
Aku rindu famili. Rindu kawan-kawan. Kamu rindu aku tak? hihi.
4 comments
akak seksi tu makan ke x..pompuan2 seksi ni sebenrnya buat sexual harrasment kat lelaki..nak pi jln2 pi susah.cewah.
sepanjang tengok die kat situ, die tak makan. dok online jek. yeke sexual harrasment? ke korang mmg suke sbenarnye? ahaks
haahah tak menghormati bulan pose kalau dia tu muslim. tak tau lah kalau bulan pose iman lelaki senipis kulit bawang ke, senipis udara. hahaha
sesak!!
Salam Singgah :)
kalau lah kamu tengok dia, pasti kamu berasa susah hendak bernafas. sesak sesesak-sesaknya. haha!
terima kasih kerana singgah!