Sedar tidak sedar sudah lima hari aku bekerja di bandar ini. Aku menghadapi masalah untuk ke mana-mana kerana tidak berapa biasa dengan keadaan sekeliling. Aku akui ada stesen LRT terdekat namun masih tidak berpeluang untuk explore. Agak sibuk dan aku seorang yang penakut. Hehe. Minggu ini budak-budak sibuk menjawab ujian. Aku hanya menjaga kelas peperiksaan semata-mata. Minggu depan akan bermula sesi pengajaranku. Aku doakan semuanya berjalan lancar. Insyaallah. Kalian tolong doakan aku, ya? Tahun ini aku tidak ditugaskan untuk mengajar subjek opyenku kerna jadual guru-guru sudah molek dan sekarang ini pun sudah hampir hujung tahun. Sekolah tidak mahu merombak segala-galanya untuk kerna aku yang kerdil ini. Maka, jadualku terhasil dari cedokan matapelajaran dari guru lain. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya aku ada kelas untuk diajar.
Dalam minggu ini juga pelbagai perkara yang tidak dijangka berlaku. Perkara yang aku sudah anggap sejarah, datang menjengukku secara tiba-tiba. Kamu masih kawanku. Aku akan cuba bantu kamu sedaya mungkin. Kamu tiada tika aku terkapai-kapai kelemasan beberapa bulan dahulu. Tetapi, kamu jangan risau. Aku bukan kamu. Prinsip hidupku, biar ikhlas bersahabat. Aku cuba menjadi seorang sahabat yang bukan hanya wujud tika kamu bergelak ketawa, tetapi jua tika kamu menangis duka. Kamu ingat itu. Cuma jika kamu membuat keputusan yang membelakangkan aku, aku nasihatkan, kamu jangan muncul dalam hidup aku lagi. Yalah, buat apa aku dalam hidup kamu (setelah menasihati, memberi semangat etc) jika kamu mengambil keputusan untuk kembali semula kepada parasit itu? Buka mata, buka minda, buka hati. Lihat realiti kehidupan. Aku sedar, kamu nafikan yang kamu akan menerimanya kembali. Tetapi manusia berubah. Kamu perlu kuatkan hati kamu. Tekadkan hati kamu. Insyaallah, kamu akan berjaya mengatasinya. Masa yang diambil memang lama. Mungkin berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Jika aku boleh melaluinya, kenapa tidak kamu? Tetapi jika kamu sanggup mengambil risiko untuk dilukai sekali lagi, kamu teruskanlah niat kamu untuk bersama dia. Aku tidak akan komen lebih-lebih. Siapa aku?
Oh, buat masa ini aku tidak akan menerima kamu semudahnya. Ingat ini, kamu kawan aku. Tidak lebih dari itu.