Wednesday, June 23, 2010

macam-macam 1


Sejak bebelakangan ini pelbagai perkara terjadi dalam hidup aku. Berkaitan realiti hidup, hati dan perasaan. Perkara yang berlaku bukan semudah yang disangka. Semuanya rumit. Sangat rumit untuk aku sendiri memahaminya. Apabila orang yang paling kita sayang selepas famili melukai hati kita, kita masih lagi menyayanginya. Ya, bukan senang untuk melupakan. Kisah yang aku lalui sekarang sukar untuk difahami. Bagaimana untuk aku hendak menerangkan kepada orang lain sedangkan aku sendiri berada dalam kesamaran?

Setiap hari aku bagaikan menelan duri-duri kecil yang merobek jiwaku. Mengikis sedikit demi sedikit cebisan jiwa yang tinggal. Aku mengalami keadaan yang sangat tidak stabil minggu lepas. Aku mencuba sedaya upaya untuk senyum, bergelak ketawa bersama-sama kawan-kawan. Tetapi hati aku menangis. Setiap kali aku berbual dalam telefon, aku pasti menangis. Bukan kerana aku inginkan atau tagihkan cintanya. Tetapi aku sedih kerana aku menjadi mangsa dalam sandiwara yang tidak seberapa. 

Aku masih mampu berdiri kerna aku ada Allah s.w.t., keluargaku dan sahabat-sahabatku yang sentiasa ada pada masa aku perlukan mereka. Terima kasih. 

Aku masih menunggu. Sehingga 9 Julai 2010. Menunggu apa yang bakal terjadi. Adakah janji-janjinya akan dikotakan? Aku akan cuba mebuat keputusan yang wajar untuk hatiku.

Kalian, tolong doakan aku tabah.