Saturday, June 5, 2010

penjelasan itu...

Pertama, aku ingin mengucapkan terima kasih pada kamu kerana kamu bersusah payah menjelaskan banyak perkara kepadaku. Pasti kamu pening melayan karenah ku sejak kebelakangan ini. Bukan aku sengaja. Aku bertindak daripada keadaan persekitaranku. Jika aura negatif menguasai udara ketika itu, pasti aku telah katakan pelbagai perkara sedih dan perit untuk kita telan bersama.

Aku sendiri tidak begitu pasti sama ada kamu betul-betul ikhlas menyayangi aku. Telah berjuta kali aku bertanya kepada kamu. Dan jawapan kamu pasti sama setiap kali aku  bertanya. Kamu ikhlas menyayangi aku. Tidak menyayangi kerna satu-satu perkara khusus. Kamu sayang aku kerna aku adalah aku.

Terima kasih.

Kita berdua tidak sempurna. Namun kita cuba melengkapi antara satu sama lain. Jangan kita lupa, manusia itu sendiri tidak akan dan tidak pernah sempurna. Yang sempurna hanya Allah s.w.t. Kamu jangan lupa itu.

Setelah sekian lama, baru hari ini hati aku terasa sedikit senang. Walau sedikit, aku hargai. Bukan senang nak rasa sebegini. Penjelasan itu telah banyak menyelamatkan keadaan.

Aku harap kamu tidak menipu aku. Jika kamu berniat untuk bermain cinta di luar sana. Tidak kira secara maya atau realiti. Sila pandang kiri dan kanan. Jika tika itu aku tidak tahu, tetapi aku AKAN tahu. Kamu perlu berusaha dengan lebih gigih. Walau kamu kata tidak mungkin kamu akan lakukan perkara sebegitu. Sedangkan pantai boleh berubah, inikan pula hati manusia. 

Aku percaya kamu kerna aku sayang kamu. Kamu sayang aku?