Sunday, May 17, 2009

Kembali di sini

Yeah...Aku di sini sekali lagi. Selepas streamyx ku berjaya diperbaiki, aku sudah boleh melayari internet peace.

Buat kawan-kawan yang bertanyakan tentang Q, alhamdulillah, dia sihat-sihat aje. Cume aku rasa dia semakin kurus. Kerja tidak henti-henti. Ok, aku tidak mahu berbicara pasal dia di awal-awal penulisan ku. Terasa macam dia fokus utama pula. :tsk:

Seperti biasa, rutin aku, pergi kerja, fokus dan pulang. Aku tidak sempat masak yang best-best untuk makan malam. Bukan apa, aku mengantuk. Cuma ada satu hari tu, aku rajin semacam, aku buat nasi goreng. Makan seorang. Sedap atau tidak, belakang cerita.
Rakan serumahku telah membeli dua ekor hamster :woooh:. Rajin betul budak tu nak jaga. Aku tumpang tengok aje. Bukan ape, kalau terjadi apa-apa, aku yang terkena tempiasnya.

Sebenarnya, aku tiada idea nak mengarang. Mungkin waktu ini, idea ku belum datang. Apa-apa pun, aku ingin mengucapkan

Selamat Hari Ibu
&
Selamat Haru Guru

buat ibuku tersayang dan juga semua ibu serta guru di seluruh dunia.

Mak, along sayang mak.:inlove:

--------------------
Q-F
--------------------