Friday, May 22, 2009

rama-rama hinggap sebentar

Aku tahu tajuk entri kali ini agak pelik. Tiba-tiba rama-rama sengihnampakgigi. Aku berada di rumah mak ayah sekarang. Esok off day sengihnampakgigi. Entri ini, hanya tentang Q.

Aku hanya berkesempatan berjumpa dengan Q di tempat kerja sahaja. Minggu ini dia shif petang. Jadi, rutin ku, menemaninya rehat setiap jam 6 petang. Aku sudah sangat mengantuk pada waktu itu. Yalah, aku datang kerja pukul 6.30 pagi. Kepala pening-pening lalat sudah ada di pejabat :hilo:.

Ada satu masa, ketika Q begitu asyik menyuap mi rojak sehingga tidak perasan aku mengamati gelagatnya. Tiba-tiba dia menoleh ke arahku dan tersengih-sengih."Kenapa tengok macam tu?" katanya. Dia terus jadi kekok. Sebenarnya, dia segan kalau aku merenungnya ketika makan. Tidak keruan jadinya. Aku hanya gelak-gelak dengan tindakan refleksnya. Macam-macam. Hari ini dia sudah potong misai. Rupanya sudah lain dari biasa. Kurang ensem. Haha! Jahatnya aku! setan

Bila difikirkan kembali, macam lawak jenaka pula. Bukan apa, aku terlibat dalam keadaan sebegini? Mesti aku awal-awal lagi sudah digelakkan oleh Clavriene, Phyde, Kazuki dan Cik Fizah apabila mereka membaca coretanku. Yalah, jiwang amat. Haha! :sweaty:. Segan aku dengan kalian sebenarnya. Sepanjang kita berkawan, aku tidak pernah begini, kan?

Kalian jangan memerli aku jika kita bertemu,ya? Aku malu :blush:.

Pagi tadi aku tidak sempat makan pagi kerna sangat sibuk. Kebetulan Q menghantar sms mengajakku makan tengah hari bersama.Pukul 4 petang, perutku sudah sebu sebenarnya. Aku tidak lalu makan, tetapi Q memaksa aku makan juga. Dicedokkan nasi dan lauk. Diambilnya air dan dibawanya ke meja makan. Kalau aku tidak makan, dia akan mengamok :sobrakana: dan membebel banyakckp. Jadi, aku makan sajalah.

Aku pulang awal kerna adikku sampai.

--------------------
Q-F
--------------------

5 comments

May 22, 2009 at 10:15 PM

urm ..
makan jugak kan kalo Q paksa.
kalo org lain yg paksa ..
sure x makan punya ..
ha3x

May 23, 2009 at 8:42 AM

anis: eheh...

May 24, 2009 at 8:47 PM

cumey nye!!!!! huhuhuhuhu ape lak nk segan2 ngan aku!!!!

Puan Harris
May 26, 2009 at 9:42 PM

at last..hehe..next time..u have to mark my words..rama2 itu kuharap akan terus hinggap selamanya..menjadi penghibur kala duka, peneman kala sepi..i pray for ur happiness:-D

May 29, 2009 at 7:11 PM

clavriene: iye la.sblm ni kan, aku rock² aja :)

Puan Harris: terima kasih banyak². sentiasa doakan kami :)

Post a Comment