Saturday, May 30, 2009

sahabatku membina masjid :)

Hari ini aku cuti! Yay! :okay:


Seperti biasa, aku di rumah. Melayan blues. Haha! Tidak lah! Hari ini, Insyaallah aku akan pergi ke kenduri kahwin rakan sekolahku, Suhaili binti Jaafar. Comel orangnya:woooh:. Ibu dan juga adiknya juga rakan sekolah ibu dan adikku. Menarik, bukan? Buat Suhaili dan suami, Moga kekal hingga akhir hayat. Insyaallah.

Baru-baru ini juga aku ada menerima satu pesanan ringkas dari nombor yang tidak kukenali. Undangan perkahwinan juga. Aku teruskan pembacaan. Ya Allah! Hardi Syamsul bin Harun. Kawan sekolah ku juga. Hardi pon comel!
ihikhik Sudah lama kami tidak berjumpa. Majlis Hardi, sehari selepas majlis Suhaili. Maaf, Hardi. Aku kerja esok. Mungkin aku tidak dapat hadir. Maaf sekali lagi. Kukirimkan doa untuk Hardi dan isteri. Moga kalian sentiasa bahagia dan dirahmati Allah s.w.t. Insyaallah.

Buat Ikhram, aku minta maaf kerana tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan mu. Aku ada hal penting pada hari itu. Maaf ya? Jangan ambil hati. Jika keluargaku ingin mengadakan kenduri, aku berharap sangat Ikhram akan datang
:puppyeyes:. Termasuk juga rakan-rakanku yang lain.

---------------------

Dari malam Jumaat, Q demam
:sakit:. Terpaksa pulang ke rumah famili. Semalam, rupa Q sangat teruk. Katanya, termakan masakan yang berudang. Q alergik udang . Dia tunjukkan lengannya yang kemerah-merahan (dia cerah dari aku, okay jelir). Penuh ruam. Aku suruh dia ke klinik. Q dapat MC. Malamnya, Q kata dia sudah ok sedikit. Tapi, baru sebentar tadi dia menghantar pesanan ringkas mengatakan dia tidak lalu bangun. Tidak mampu untuk pergi kerja. Pengurusnya meminta Q pergi ke pejabat untuk mengambil slip kesihatan. Masalahnya, Encek Q ini tidak ada kenderaan gigitjari. Q memberitahu aku, esok sahaja dia isi borang cuti. Macam-macam adus.


--------------------
Q-F
--------------------