Wednesday, October 28, 2009

lepas satu, satu

Aku di Terengganu...

Cepat betul cuti Deepavali habis. Hari Isnin terpaksa bergegas pulang ke Terengganu. Esoknya pula ada perkhemahan. Letih...letih. Kami baru tahu tentang perkhemahan ini pada hari Khamis lepas, hari semua orang sibuk hendak pulang ke kampung. Kami ini dikira seperti menumpang sekaki dalam perkhemahan pelajar PISMP Sem 4.

Hari Selasa hingga Jumaat, perkhemahan Kadet Remaja Sekolah (KRS) selama 4 hari 3 malam di Taman Pertanian Negeri Sekayu, Kuala Berang. Macam-macam aktiviti disusun untuk kami. Water confidence, Kebudayaan, Orienteering, Khidmat Masyarakat dan banyak lagi. Sekayu memang sejuk. Berkhemah pada masa ini memang mengundang kesabaran. Angin kencang, hujan lebat, tanah basah dan khemah banjir. Masing-masing sibuk menyelamatkan barang-barang supaya tidak ditenggelami air. :ayokona: Memang pengalaman berharga. Kebetulan aku masih berjaga ketika angin kencang dan hujan lebat melanggar khemah-khemah. Aku lihat kawanku berlari-lari kebasahan. Kata mereka, air naik ketika mereka sedang tidur. Khemah bocor tambahnya lagi. baru teringat, tiada parit kecil untuk saliran air di sekeliling khemah kami. Jadi, air menderu menyerang khemah-khemah. Akhirnya, hampir semua ahli KRS bergelimpangan di dewan berdekatan. Hari Jumaat, semua tertidur keletihan di dalam bas. Nasib baik hari Sabtu cuti...Tetapi, kena bangun awal pula. Basuh khemah. Terbantut hasrat hendak tidur lama :wala:.

Kembali ke rutin biasa...

Beberapa hari ini terasa cepat sahaja mengantuk. Mana tidaknya, kerja kursus yang tidak sudah, pembentangan yang bersusun, pengajaran makro yang menanti. Hai, lama-lama kering kontang aku.

Sekarang ini perlu menyelesaikan Kejohanan Tertutup Sofbol pula. Aduh...:hilo: Aku mengharapkan kerjasama dari semua ahli jawatankuasa pelaksana. Jika ada yang hanya memandang tanpa membantu, aku tidak dapat berkata apa-apa. Siapa aku?:anongnangyari:

---------
-----------
Q-F
--------------------