Pejam celik sudah hari Sabtu. Masih tidak hilang lagi penat pulang dari Terengganu. Adik-adikku tidak pulang minggu ini. Tinggal aku dan emak sahaja. Ayah sudah ke Johor malam semalam. Ke rumah kenduri kahwin katanya. Sebentar lagi, emak pun hendak keluar ke rumah terbuka. Aku? Insyaallah akan ke rumah opah.
Aku tidak tahu mengapa hati ini terasa tidak selesa. Seperti ada sesuatu terbuku di sini. Aku sendiri tidak tahu apa dia. Adakah kerana aku risaukan kerja kursus yang masih belum selesai? Atau aku merindui Q? Aku bingung.
Cuti kali ini sekejap cuma. Isnin ini aku akan pulang ke Terengganu. Aku tidak pasti sama ada aku berpeluang menemui Q atau tidak. Dia syif petang minggu ini. Tidak dapat jumpa la agakanya.
Menangis sendiri...
*suntingan:
tadi sempat singgah ke tempat kerja lama. alhamdulillah, aku sempat berjumpa dengan Napi dan Leha. Napi sudah semakin hensem. Nasib baik aku tidak jatuh cinta. Hehe! Tidaklah...
----------------------
dill is enjoying this video on her own:

Q-F
--------------------