Sunday, January 3, 2010

akhirnya, aku di Terengganu...

Semalam aku selamat sampai ke Terengganu bersama-sama sahabatku. Bas aku pukul 8.30pagi ke Butterworth. Mengantuknya, hanya Allah yang tahu. Lebih kurang pukul 2petang, kami memulakan perjalanan ke Terengganu. Riak muka masing-masing, sangatlah monyok. Tetapi, kami gagahi jua. Perjuangan masih belum selesai. *cewah :lamagawa:

Sampai sahaja di rumah, aku sibuk mengemas pakaian. Sehinggakan rakan serumahku bising.

"Sudah-sudah lah tu Kak Dilla. Esok boleh kemas lagi."
"Saya sudah biasa begini sejak dari universiti dahulu. Terus kemas. Hehe."

Malamnya, aku tidur agak lewat. Perlu menambah kekuatan mental. Borak dengan Encek Q. Hehe. Tidak apalah, awak memang rindu pada saya kan. *haha! memang kuat perasan :blush:

Pagi tadi, seperti biasa, menghadiri perhimpunan pagi. Kami ada dua minggu sebelum pergi praktikum. Setakat ini, belum ada apa-apa taklimat lagi tentang perkara ini. Kami agak berdebar juga dengan berita praktikum. *alergik sebenarnya. :ahaha:

Tiba-tiba teringat soalan adikku.

"Apa azam tahun ini?"
Aku termangu. Apa ya?
"Hendak kumpul duit banyak-banyak, jadi boleh kahwin awal!" siul
*oh, aku tidak akan menjawab begini.
"Kalau boleh, hendak penuhkan ilmu di dada. Ilmu - bagaimana cara untuk menjadi seorang guru yang penuh dengan ciri-ciri sifat mahmudah" *tolong doakan aku

Cepat sahaja masa berlalu. Hari ini sudah 3 Januari 2010. Semoga kita semua sempat menyelesaikan tugas masing-masing. Insyaallah.

p/s: Encek Q, sudah baca, bukan hendak letak komen. Menci ah! marah