Buat Encek Q,
Saya memang seorang yang memilih kawan. Kerna kebanyakan perkara yang kita belajar datang dari kawan-kawan. Jika tersilap memilih, padah jawabnya. Namun begitu, Allah telah kurniakan kita akal untuk kita membezakan mana yang baik dan buruk.
Saya mempunyai ramai kawan yang datang dari pelbagai latar belakang. Saya gembira mempunyai kawan-kawan dari pelbagai pelusuk tempat. Mereka mempunyai ilmu yang unik dan menarik. Termasuk awak, Encek Q.
Seboleh-bolehnya, saya cuba elakkan untuk berbicara tentang perbezaan antara kawan-kawan yang saya kenali. Tidak kira dari segi pendidikan, rupa paras, darjat, keturunan mahupun agama. Pada saya, kita semua sama sahaja di sisi Maha Pencipta.
Encek Q, saya tahu memang tidak wajar saya ungkapkan pelbagai perkara di sini. Tetapi, saya senang berbicara di sini. Encek Q, saya sayang awak. Saya tahu saya tidak sempurna. Maafkan saya kerna saya sering membuatkan awak pening kepala. Maafkan saya kerna sering menggunakan laras bahasa yang tidak sesuai dengan masanya. Maafkan saya kerna sering membuatkan awak terluka. Maaf.
keikhlasan tidak dapat diukur dengan apa jua kayu pengukur.
ia datang dari hati terus ke jiwa.
keikhlasan itu tidak dapat dijual beli.
cuma boleh diberi melalui hati.
keikhlasan itu tidak dapat dijual beli.
cuma boleh diberi melalui hati.