Diam tak diam, lima hari persekolahan telah selamat berlalu. Masa berlalu begitu sahaja. Apabila sudah sibuk, memang tidak ingat apa-apa hal lain lagi.
Hari pertama pergi ke sekolah, terasa seperti artis terkenal tanahair. Mana tidaknya, mata-mata yang memandang berada di mana-mana. Tidakkah terasa seperti terkenal buat sementara? Hehe..Alhamdulillah kami diterima dengan baik oleh pihak pentadbir. Walaupun tiada taklimat tentang kedatangan kami pada hari itu, namun, mereka masih boleh menguruskan kad kedatangan (punch card) dan jadual kelas pada hari itu juga. Memang sekolah yang efisien. Sekolah cemerlang di Kuala Terengganu 5 tahun berturut-turut. Tabik spring!
Aku akan cuba mengemaskini tentang cerita di sekolah itu. Itu pun jika tidak keletihan.
Kebelakangan ini, emosiku tidak berapa stabil. Angkara emosi ini, pelbagai perkara negatif berlaku. Jika orang lain kaya dengan wang ringgit, aku kaya dengan emosi. Emosi yang bercampur-baur mampu mempengaruhi diri kita. Walau bagaimanapun, pastikan perkara peribadi tidak mengganggu kerjaya kita. Wajib tu!