Friday, February 26, 2010

kosong

Aku sebenarnya teringin hendak menulis panjang berjela. Masalahnya, aku tiada idea. Maaf.

Friday, February 19, 2010

bagaimana hendak mengeja s.i.b.u.k.?

Sekiranya kawan-kawan sibuk mengemaskini facebook dan blogspot, aku di sini bersengkang mata dengan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Terasa 24 jam dalam sehari tidak cukup kala ini. Jika dahulu aku sempat untuk menjelajah blog-blog, tetapi kali ini tidak lagi. Tidak sempat untuk itu semua. Pergi ke sekolah, aktiviti kokurikulum dan malamnya menyiapkan RPH sudah menjadi rutin harian. Aku cuba dengan sedaya selitkan sedikit masa untuk kekasihku. Ya, nampaknya aku lebih gemar menggunakan perkataan kekasih daripada Encek Q buat masa ini. Dia pun tidak berapa berkenan dengan panggilan Q. "Itu panggilan untuk adik," katanya. Okay sayang. Aku cuba tukar ya?

Maafkanku kerna sering tertidur tika kau bertanya khabar. Maafkanku kerna lambat membalas pesanan ringkasmu. Maafkanku kerna tidak dapat pulang pada 7 Februari lalu. Aku terasa amat bersalah sebenarnya.

Aku terfikir, jika aku ditempatkan di kawasan yang tiada talian internet dan telefon, bagaimana harus aku tempuhi setiap saat yang berlalu. Bagaimana dengan kekasihku? Cari lainkah dia? Huish! Aku tidak boleh berkata begitu. Nanti dia marah.

Aku wujudkan blog ini bukan untuk menjana pendapatan atau trafik. Jika ada yang sudi membaca pun, sudah memadai. Terima kasih.

Blog ini adalah picisan dari kisah aku. Kisah yang tidak berpenghujung. Sehingga nyawa dicabut Izrail, sehingga bertiup angin sangkakala.

bukan niatku

Bukan niatku membuat engkau sedih. Walaupun ia tidak tergambar secara terus di hadapanku, tetapi aku tahu. Maafkan aku.

Aku sudah tidak bisa untuk meninggalkanmu. Kala ini pun, sudah tidak keruan. Bagaimana jika kita terpisah jauh?

Aku tidak tahu.

Kekasih,
awak segala-galanya buat saya
Jangan tinggalkan saya
Noktah.


Tuesday, February 16, 2010

sila letakkan beg tangan anda di koordinat yang betul.

Azan Subuh berkumandang.

Aku dan adikku bergegas untuk sembahyang berjemaah di salah sebuah rumah Allah di sini (bukan di Perak haaa~). Aku hamparkan sejadah kami sedikit terkebawah dari garisan saf. Kami meletakkan beg tangan di celah-celah ruang antara jemaah hadapan dan sejadah kami. Ketika kalut-kalut untuk bersedia, seorang hamba Allah ini beria-beria menyuruh kami supaya menyamakan kedudukan sejadah kami selari dengan sejadah yang di sebelah. Dan dia mahu kami ubah beg tangan kami. Dalam hatiku,

"What the heck? Where I am supposed to put my hand bag?"

Aku dan adikku buntu. Kami ubah kedudukan beg tangan. Masih ditegur. Masalahnya, di mana sahaja kami letakkan barangan kami itu, ia tidak mengganggu sesiapa. Terutama sekali hamba Allah yang tadi itu. Aku sudah semakin fed up. Akhirnya, aku letakkan beg tanganku di tiang belakang. Tetapi, insan di sebelahku pula membuka mulut.

"Jangan letak di situ. Bahaya..bla...bla.."

Secara spontan, "Tuhan, aku hendak sembahyang ni." terkeluar dari bibirku.

Aku letakkan semula beg tanganku di tempat asal. Ya, di ruang hadapan. Sedikit atas dari tempat sujudku. Aku biarkan hamba Allah yang mula-mula tadi bersembahyang, baru aku letakkan beg ku. Jika tidak, akan jadi satu isu pula tentang kedudukan beg ku.

Pelik laaaaaa~


Friday, February 5, 2010

kenapa kaum adam selalu balas mesej pendek-pendek?

Adikku pernah bertanya, orang lelaki memang suka hantar mesej pendek-pendek ke?

"Em.."

"Ok"

"K"

"A'ah"

"Ye"

dan macam-macam lagi perkataan pendek.

Mungkin mereka...

@tidak ada idea
-sudah blur. tidak tahu apa lagi untuk dibalas.

@mamai
-mengantuk, tapi nak jaga hati punya pasal, balas mesej jugak. walaupun kadang-kadang merepek meraban.

@asyik main permainan video (video games)
-syok-syok main permainan video, kadang-kadang tak sempat hendak balas panjang-panjang. balas ikut syarat je.

@bekerja
-sibuk. tidak sempat hendak membalas dalam bentuk karangan.

@dating dengan orang lain
-tanak kantoi, taip pendek-pendek sudeh. janji selamat :p


logik kan?

apabila duniaku hanyalah sekolah

Seminggu ini memang aku sangat sibuk. Hampir setiap hari ada aktiviti petang dan kami akan sampai di rumah pukul 7.30 malam. Terasa sangat letih. Namun, masih ada kerja yang perlu diselesaikan. Laptop hanya akan di'on' apabila ingin mencari gambar-gambar berkaitan dengan pengajaran esok hari.

Aku mengajar subjek Bahasa Inggeris untuk murid darjah dua. Ya, mereka comel. Tetapi nakal ya amat. Ada seorang itu, sangatlah comel dan tembam. Masalahnya, kecil-kecil lagi sudah ada potensi untuk menjadi seorang pembuli. Bukan pembuli jalan raya, tetapi pembuli rakan sekelas sendiri. Walaupun badannya tembam, tetapi aktif. Sekejap di belakang, beberapa saat kemudian berada di depan semula. Aku sudah cakap banyak kali kepadanya,

"Akmal, sit down. Do not disturb your friend,"

Die buat bodoh.

"Akmal, duk diam-diam. Jangan la kacau kawan-kawan,"

Dia diam sekejap. Beberapa minit selepas itu, dia sudah membuat lawatan sosial dari meja ke meja. Akmal, Akmal. Sabar ajelah.

Pengalaman berpraktikum pada awal tahun ini memang sangat berharga. Walaupun letih, tetapi banyak perkara dapat dipelajari. Malam semalam sempat turut serta dalam Majlis Letak Kerja UPSR. Aku sangat kagum dengan pihak pengurusan sekolah yang sangat menitik beratkan pelajaran dan kebajikan anak-anak muridnya. Majlis malam semalam adalah salah satu cara untuk membuka mata dan minda ibu bapa tentang betapa pentingnya pelajaran pada era sekarang ini. Alhamdulillah, ramai ibu bapa hadir memberi sokongan.

Aku doakan sekolah ini dapat meneruskan lagi kecemerlangannya untuk tahun yang keenam. Insyaallah.

Wednesday, February 3, 2010

sibuk

sangat sibuk.
tetapi masih sempat cilok sedikit masa untuk menulis.
haha!