Seminggu ini memang aku sangat sibuk. Hampir setiap hari ada aktiviti petang dan kami akan sampai di rumah pukul 7.30 malam. Terasa sangat letih. Namun, masih ada kerja yang perlu diselesaikan. Laptop hanya akan di'on' apabila ingin mencari gambar-gambar berkaitan dengan pengajaran esok hari.
Aku mengajar subjek Bahasa Inggeris untuk murid darjah dua. Ya, mereka comel. Tetapi nakal ya amat. Ada seorang itu, sangatlah comel dan tembam. Masalahnya, kecil-kecil lagi sudah ada potensi untuk menjadi seorang pembuli. Bukan pembuli jalan raya, tetapi pembuli rakan sekelas sendiri. Walaupun badannya tembam, tetapi aktif. Sekejap di belakang, beberapa saat kemudian berada di depan semula. Aku sudah cakap banyak kali kepadanya,
"Akmal, sit down. Do not disturb your friend,"
Die buat bodoh.
"Akmal, duk diam-diam. Jangan la kacau kawan-kawan,"
Dia diam sekejap. Beberapa minit selepas itu, dia sudah membuat lawatan sosial dari meja ke meja. Akmal, Akmal. Sabar ajelah.
Pengalaman berpraktikum pada awal tahun ini memang sangat berharga. Walaupun letih, tetapi banyak perkara dapat dipelajari. Malam semalam sempat turut serta dalam Majlis Letak Kerja UPSR. Aku sangat kagum dengan pihak pengurusan sekolah yang sangat menitik beratkan pelajaran dan kebajikan anak-anak muridnya. Majlis malam semalam adalah salah satu cara untuk membuka mata dan minda ibu bapa tentang betapa pentingnya pelajaran pada era sekarang ini. Alhamdulillah, ramai ibu bapa hadir memberi sokongan.
Aku doakan sekolah ini dapat meneruskan lagi kecemerlangannya untuk tahun yang keenam. Insyaallah.