Azan Subuh berkumandang.
Aku dan adikku bergegas untuk sembahyang berjemaah di salah sebuah rumah Allah di sini (bukan di Perak haaa~). Aku hamparkan sejadah kami sedikit terkebawah dari garisan saf. Kami meletakkan beg tangan di celah-celah ruang antara jemaah hadapan dan sejadah kami. Ketika kalut-kalut untuk bersedia, seorang hamba Allah ini beria-beria menyuruh kami supaya menyamakan kedudukan sejadah kami selari dengan sejadah yang di sebelah. Dan dia mahu kami ubah beg tangan kami. Dalam hatiku,
"What the heck? Where I am supposed to put my hand bag?"
Aku dan adikku buntu. Kami ubah kedudukan beg tangan. Masih ditegur. Masalahnya, di mana sahaja kami letakkan barangan kami itu, ia tidak mengganggu sesiapa. Terutama sekali hamba Allah yang tadi itu. Aku sudah semakin fed up. Akhirnya, aku letakkan beg tanganku di tiang belakang. Tetapi, insan di sebelahku pula membuka mulut.
"Jangan letak di situ. Bahaya..bla...bla.."
Secara spontan, "Tuhan, aku hendak sembahyang ni." terkeluar dari bibirku.
Aku letakkan semula beg tanganku di tempat asal. Ya, di ruang hadapan. Sedikit atas dari tempat sujudku. Aku biarkan hamba Allah yang mula-mula tadi bersembahyang, baru aku letakkan beg ku. Jika tidak, akan jadi satu isu pula tentang kedudukan beg ku.
Pelik laaaaaa~