Monday, September 7, 2009

kerja kursus sepanjang hari

Aku di Terengganu...

Selamat Menyambut Nuzul Quran buat semua Muslim doa


Terengganu cuti :ahaha:. Adikku Nana cukup bengang bila aku memberitahunya, "Terengganu cuti, esok!" Dia menjawab, "Cis! Aku ade kelas pukul 830pagi esok!" (kami anggap perkataan aku sebagai lawak @ joke dalam ayat yang digunakan). Aku harap kamu faham apa yang cuba sampaikan sengihnampakgigi.

Sehingga saat ini, kami satu rumah sibuk menyiapkan kerja kursus Pengurusan Sumber. Masing-masing menghadap komputer riba sampai pening kepala tension. Memerah idea dari otak untuk menjadi kreatif dalam mencipta persembahan Powerpoint yang menarik untuk murid darjah tiga.

Salah seorang rakan serumahku ingin membuat hidangan menarik hari ini. Insyaallah, malam ini kami akan berbuka dengan Nasi Ayam (gambar hiasan semata-mata ihikhik). Tidak sabar rasanya.

Aku tidak boleh menulis panjang-panjang. Banyak kerja kursus menanti.

---------
-----------
Q-F
--------------------

2 comments

September 8, 2009 at 10:22 PM

ganbate!!! malaysia boleh!!!

September 9, 2009 at 10:26 AM

yeah! Thanks!

Post a Comment