Sunday, September 6, 2009

pagi ahad

Aku di Terengganu...

Sedar tidak sedar sudah 16 hari kita berpuasa. Lagu raya sudah mula kedengaran di corong radio. Lagu allahyarham Sudirman, Sanisah Huri, M Nasir, Siti Nurhaliza dan banyak lagi. Aku pun sedikit sebanyak sudah terasa aura balik kampung ni :astig:. Perasaan hendak pulang ke kampung telah mula menguasai diri, mengalahkan perasaan pergi ke kelas. Aduh, apa hendak jadi aku ni...adus

Di kala ini aku sedang menunggu rakan-rakanku bersiap. Pelbagai ragam dapat kulihat. Ada yang sibuk membaca akhbar hari semalam, ada yang sibuk mengutip buku pelajaran hari ini, ada yang sedang memakai tudung dan ada yang baru hendak mandi! Hehe :devilishgrin:.

Kami masih dalam mood cuti hari minggu kerna esok kami cuti lagi. Nuzul Quran.

---------
-----------
Q-F
--------------------