Wednesday, September 30, 2009

minggu sibuk lagi...

Aku di Terengganu...

Alhamdulillah aku selamat sampai di Terengganu 26 September lepas. Selepas hampir 7 jam dalam kereta :sweaty:. Sakit pinggang wooo...

Sampai-sampai rumah aje, aku terus on laptop. Berusaha untuk menyiapkan kerja kursus Kajian Tempatan. Kawan-kawanku geleng kepala. Tetapi, biasa lah kan. Bila minda letih, badan letih sama. Akhirnya aku tertidur keletihan...

Hari Ahad, kami diberitahu kerja kursus Alam Sekitar dan Kajian Tempatan perlu dihantar pada minggu depan. Yay! :okay: Walau bagaimanapun, aku tetap cuba siapkan kerja kursus yang masih tertangguh.

Sekarang ini, kumpulan kami masih meneruskan perjuangan menyiapkan kerja kursus Matematik. Cuma tinggal ABM sahaja lagi. Ganbatte!

Minggu ini juga kami ada Kursus Kesihatan Pergigian. Bagaimana guru boleh memainkan peranan untuk membantu anak murid menjaga gigi dengan baik. Tidak hanya mengharapkan jururawat atau doktor pergigian semata-mata. Teringat zaman sekolah dulu. Jururawat dan doktor gigi datang ke sekolah setiap tahun untuk memeriksa gigi. Gigi aku selalu kene tampal :tsk:. Menyesal sangat kerna tidak menjaga gigi dengan baik masa budak-budak dahulu. Jadi, kawan-kawan semua, sayangi gigi anda! sengihnampakgigi
--------------------
Q-F
--------------------

1 comment

October 1, 2009 at 8:21 AM

whoa..byknye keje!!! ganbatte!! u can do it!!!

Post a Comment